Kelebihan Pelaburan Emas Yang Tiada Pada Pelaburan Lain
1. Pelaburan emas, secara prinsipnya sama dengan SEMUA pelaburan yang ada di atas muka bumi ini.
2. HANYASANYA orang yang ada ILMU sahaja yang akan sukses, yang tiada ilmu akan gagal. Ia terpakai dalam SEMUA jenis pelaburan. Orang yang melabur dengan ikut-ikutan, takkan ke mana.
3. Dan semua pelaburan ada naik dan turunnya, tidak kira ia pelaburan saham, pelaburan hartanah, pelaburan sahama amanah dan lain-lain.
4. Setiap satu pelaburan ada kelebihan masing-masing dan pelabur yang bijak ialah pelabur yang mempelbagaikan portfolio pelaburan mereka.
5. Namun, ada satu keistimewaan yang pelaburan emas yang saya pelajari dari posting Tuan Mohd Zulkifli Shafie, seorang pelabur, peniaga dan sifu pelaburan emas yang selalu saya rekomen jika ada rakan-rakan atau klien yang bertanyakan tentang pelaburan emas.
6. Keistimewaan pelaburan emas ialah, ia tidak berada dalam sistem kewangan yang ada di dunia pada masa kini.
7. Apa maksudnya? Maksudnya, pemilikan emas tidak seperti pemilikan rumah, pemilikan saham, pemilikan saham amanah dan lain-lain pemilikan harta di dunia – yang rekodnya disimpan oleh pihak lain seperti bank, syarikat saham, sayarikat saham amanah dan sebagainya.
8. Jadi, dengan kelebihan ini, hanya pemilik emas sahaja yang tahu nilai sebenar kekayaan yang dimilikinya.
9. Malah, sekiranya berlaku worst case scenario dalam kewangan seseorang iaitu jatuh bankrap – apabila aset-aset lain terpaksa dicairkan atau dibekukan atau disita seperti simpanan bank, saham, hartanah, unit amanah, Tabung Haji, ASB dan lain-lain – emas yang disimpan rapi oleh pelaburnya tidak akan dapat dikesan oleh mana-mana pihak.
10. Mungkin ada orang akan kata, “simpan duit bawah bantal pun tak ada orang tahu”. Ya betul, tapi nak simpan RM150,000 tunai bawah bantal jika dibandingkan dengan menyimpan 1kg emas yang berharga sama, mana lebih mudah?
11. Namun, ia mempunyai syarat yang ketat iaitu emas yang dibeli perlu disimpan sendiri. Bukan beli emas melalui akaun bank atau beli emas kemudian dipajak pada ar-rahnu. Apatah lagi pelaburan emas delay / beli emas dapat duit bulan-bulan yang sah-sah adalah scam.
🙂
Baca juga :
Perlu ada ilmu dalam pelaburan
– Afyan, IFP
SHARE | LIKE | KOMEN
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran