Bercuti di Keluang Hillside Villa, Besut
Cuti sekolah baru ni, saya dan keluarga ambil peluang bercuti di Keluang Hillside Villa, Besut.
Nak hilangkan penat kerja sambil spend masa dengan ibu, ayah, dan adik-beradik yang ada di kampung selama 3 hari 2 malam.

Ada parking berbumbung. Boleh muat lagi kereta depan rumah tu. Vibe kampung
Mula-mula sampai je, kami terus rasa “wahhh!” sebab tempat ni cantik, besar, dan ada kolam.

Kolam luas. Siap ada soopa-doopa
Vibe kampung dan homestay pun masih baru, kira-kira setahun katanya.
Memang ngam untuk family gathering. Villa ni ada 4 bilik, semua lengkap dengan aircond. Tandas ada di setiap bilik dan ada juga tandas luar.

Ruang tamu

Ruang TV
Selesa betul, sampai rasa macam nak stay lama-lama!
Mandi kolam adalah aktiviti wajib. Siap ada soopa doopa.

Soopa-doopa!
Anak-anak kecil excited main air, yang dewasa pun join sekali berendam. Budak-budak memang suka. Main dan mandi sampai kecut kulit jari. Haha!

Dapur lengkap semua peralatan memasak, dapur, peti sejuk, water filter.
Memandangkan ada fasiliti yang sesuai, kami juga buat barbeku. Villa ni dah sediakan tempat barbeku, tinggal bawak bahan je. Semua orang berkumpul, masak sama-sama. Bau ayam dan daging bakar sambil sembang gelak ketawa, memang seronok!

Bersilat sambil barbeku
Kalau nak berjalan, tempat ni dekat je dengan Bukit Keluang, Jeti Pulau Perhentian, dan macam-macam lagi. Tapi kami lebih banyak lepak kat villa sebab dah cukup enjoy dengan suasana kat situ.

Bilik, lawa kan?
4KM ke Bukit Keluang – tempat healing, hiking & pantai yang cantik.
10KM ke Jeti Pulau Perhentian – gateway ke pulau idaman!
11KM ke Pasar Tani Kuala Besut – syurga makanan tempatan.
48KM ke La Hot Spring Hulu Besut – tempat mandi air panas untuk rileks.

Pemandangan dari atas
Kalau nak cari tempat bercuti yang santai, selesa, dan sesuai untuk family, saya memang recommend Keluang Hillside Villa ni.
Serius, tak rugi datang. Mungkin lepas ni repeat lagi!

Healing dekat beranda ni pun best
Kalau rasa nak cuba, bolehlah plan dengan family. Memang puas hati!
Jadi, tunggu apa lagi? Tempah penginapan anda sekarang di Keluang Hillside Villa dan nikmati percutian yang menenangkan.
Boleh booking awal untuk cuti sekolah akan datang!
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran