fbpx

Kisah Sebuah Negara Yang Rakyat dan Raja Takutkan Isteri

  • 2 years ago
  • 1Minute
  • 148Words
  • 290Views

Ini kisah sebuah negara yang semua rakyatnya, pemimpin termasuk raja takutkan isteri.

Pada suatu hari sang Raja mengumpulkan semua rakyat jelata untuk mencari mana-mana lelaki yang tak takut isteri.

Lalu semua rakyat negara itu di hadapan raja, lalu baginda bertitah dan mengarahkan:

“Wahai hamba rakyat, barang sesiapa daripada kalangan kalian yang takutkan isteri, sila ke duduk di sebelah kiri. Manakala yang tidak takut akan isteri untuk duduk di sebelah kanan”.

Maka sekalian hamba rakyat bersegera bergerak ke sebelah kiri, kecuali seorang yang berbadan sado, bermisai tebal, berkepala botak dengan wajah yang bengis, duduk di sebelah isterinya yang berbadan kurus melidi.

Raja tersenyum lalu mendekati lelaki tersebut seraya bertanya:

“Adakah engkau tidak takutkan isteri?”

Lalu jawab lelaki itu, “Patik takut, Tuanku”.

Raja kehairanan lalu bertanya,

“Jadi, mengapa engkau duduk di sebelah kanan?”.

Lelaki itu menarik nafas panjang lalu berkata,

“Isteri patik suruh”.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Lambat pula tunggang isu semasa ni 🤣 Tahukah anda, jika…