fbpx

Keluhan pelanggan menyesal selepas 4 tahun melanggan takaful untuk simpanan haji

  • 2 years ago
  • 3Minutes
  • 415Words
  • 892Views

Terima satu mesej yang menyatakan penyesalan selepas 4 tahun melanggan takaful mendapati nilai tunai hanya RM1,000.

“Saya kadang-kadang menyesal pula melabur dalam ni”

Ini antara mesej yang pernah saya terima suatu ketika dahulu, seorang pelanggan menyatakan penyesalan selepas 4 tahun melanggan takaful dengan sumbangan RM100 sebulan mendapati nilai tunai hanya RM1,000.

Asalnya klien diapproach oleh ejen mengatakan produk takaful tersebut mempunyai simpanan untuk beliau menunaikan haji dan lebih baik daripada menyimpan di Tabung Haji. Kata ejen, jika di TH hanya ada simpanan sahaja, tapi dengan produk takafulnya, pelanggan bukan sahaja dapat simpanan macam di TH, malah dapat perlindungan.

Saya hanya geleng kepala mendengar luahannya. Bukan salah produk. Produk dah sah dan diluluskan oleh Bank Negara Malaysia.

Silapnya ialah klien tak baca betul-betul kandungan product disclosure sheet (PDS) apabila ejen mengatakan bahawa ia lebih baik daripada Tabung Haji dan ada perlindungan.

Produk tak ada masalah. Yang jadi masalah ialah apabila produk tak sesuai dengan keperluan untuk pelanggan.

Sudah banyak kali saya tegaskan, takaful untuk perlindungan dan bukan simpanan atau pelaburan.

Bank Negara Malaysia sendiri telah memberi peringatan bahawa takaful / insurans adalah untuk perlindungan, bukan untuk pelaburan dan simpanan

Tak percaya apa saya cakap pun takpa, rujuk polisi. Rujuk kontrak. Rujuk PDS.

Jika ada ejen kata ia untuk simpanan dan pelaburan, lebih baik dari tabung haji, lebih baik daripada simpanan bank – minta ejen tunjuk celah mana dalam polisi yang mengatakan sedemikian rupa.

Oh ya, yang kata “takaful adalah perlindungan dan bukan untuk simpanan dan pelaburan” sebenarnya ialah Bank Negara Malaysia, bukan saya yang kata.

Jika nak menyimpan boleh gunakan akaun simpanan bank, Tabung Haji atau ASB.

Jika nak melabur, gunakan unit trust, saham, emas, ASB Financing, private mandate, hartanah dan sebagainya.

Jika nakkan perlindungan kewangan apabila berlaku musibah seperti kematian, lumpuh, sakit kritikal, masuk hospital, kemalangan dan sebagainya, gunakan takaful.

Bukan semua benda sekali harung dalam takaful. Masing-masing ada fungsi dan keperluan tersendiri.

Jika ada takaful yang dikatakan ada simpanan dan pelaburan, sebenarnya lebih sesuai dipanggil NILAI TUNAI. Ia berfungsi untuk menstabilkan sumbangan bulanan apabila berlaku kenaikan caj tabarruk. Bukan untuk buat untuk sebagaimana pelaburan sebenar.

Tapi kalau masih ada ejen takaful yang berkeras mengatakan takaful untuk simpanan dan pelaburan, saya angguk sahajalah dan berkata:

“Ya, ia memang simpanan dan pelaburan untuk ejen”.

Kesian, terima kasih.

Nak advise takaful berdasarkan keperluan? Klik di sini

Mahukan pelaburan alternatif? Klik di sini.

Untuk memudahkan kami membantu Tuan/Cik Puan memiliki plan takaful ini, Mohon Tuan/Cik Puan isi maklumat dibawah:

Berminat untuk tahu lebih lanjut? Sila isi borang di bawah.

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Medical Card Takaful Tanpa Limit Tahunan + Income Protection Sedang…