fbpx

Kemarau Ekonomi Kali Ini Akan Lebih Panjang

  • 3 years ago
  • 5Minutes
  • 819Words
  • 381Views

Selepas berbulan-bulan darurat dan PKP yang longgar, akhirnya kerajaan mengunumkan TOTAL LOCK DOWN bermula 1 Jun.

Apabila kerajaan mengumumkan “total lock down”, maka bersedialah bahawa keadaan ekonomi kita akan lebih parah daripada sebelum ini.

  1. Ready for the worst. Bersedia untuk situasi yang paling buruk. Dijangka TOTAL LOCK DOWN yang bermula selama 2 minggu ini akan berterusan sehingga 2 bulan dan seterusnya impak ekonomi akan berterusan selama sekurang-kurangnya setahun.
  2. Perkara UTAMA yang kita perlu sedar dan ambil berat, jangan letakkan pengharapan yang terlalu tinggi bantuan kepada kerajaan sebagaimana PKP 1.0 tahun lepas. Jika ada, ia adalah bonus.
  3. Pastinya ramai rakyat yang sedia ada terjejas, akan terjejas lebih teruk. Yang tidak terjejas, jangan terlalu selesa.
  4. Majoriti rakyat mempunyai hutang dengan bank dan mengharapkan moratorium automatik sebagaimana PKP 1.0, namun jangan terlalu letak pengharapan yang tinggi.
  5. Bagi yang terjejas dan tak mampu untuk bayar hutang bank, jangan lari. Cuba sedaya upaya untuk berbincang dengan bank solusi terbaik. Boleh buat pilihan untuk penstrukturan semula hutang atau pembiayaan semula hutang. Restructured & Refinance (R&R).
  6. Berdasarkan rekod, beberapa kali OPR bank dah diturunkan sekaligus mengurangkan kadar keuntungan (dalam istilah konvensional disebut “interest”). Dijangka ia akan diturunkan lagi untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang lembap.
  7. Pihak bank pula perlu pertimbangkan juga untuk sediakan kaedah terbaik untuk alternatif kepada moratorium. Paling tidak, mudahkan proses untuk pelanggan melakukan permohonan untuk penstrukturan semula dan pembiayaan semua hutang tadi.
  8. Sejak dari awal darurat, rakyat melihat kerajaan hanya laksanakannya atas faktor politik. Jadi, apabila total lock down diumumkan, ia adalah peluang terbaik untuk kerajaan tunjukkan keprihatinan dalam membantu rakyat yang terjejas.
  9. Gunakan sepenuhnya Ordinan Darurat untuk memastikan rakyat berada di rumah dan sediakan bekalan makanan secukupnya untuk setia ruang bagi memastikan pergerakan rakyat terkawal dan tidak perlu keluar rumah.
  10. Pengumuman ini sudah dijangka berdasarkan gesaan demi gesaan daripada pelbagai pihak, terutama daripada frontliner. Ia adalah tindakan terbaik bagi memutuskan rangkaian Covid-19 yang makin lama makin bertambah kes setiap hari.
  11. Ombak besar yang sama, tapi kapal kita berbeza. Majoriti rakyat berada dalam kapal-kapal kecil dan sebahagiannya sudah hampir karam. Bagi yang berada dalam kapal besar, tinjau-tinjau kapal-kapal sebelah, ramai yang perlu dibantu. Kekayaan yang dikongsi pasti diberkati dan ditambah lagi.
  12. Rakyat golongan B40 dan M40 akn terjejas teruk dalam pukulan tsunami ekonomi kali ini. Jika tidak ditangani dengan baik, jurang kekayaan dan kemiskinan antara rakyat akan semakin luas. Impaknya akan dilihat dalam tahun-tahun mendatang.
  13. Semak balik perbelanjaan dan pendapatan kita untuk bersiap sedia menghadapi seribu satu kemungkinan ini yang bakal berlaku. Inilah masanya untuk buang segala macam bebanan kewangan yang ada. Langganan TV berbayar yang jarang sekali kita tonton, 2, 3 talian telefon internet, kad kredit 2, 3 keping dan sebagainya.
  14. Belajar dan mula ajar anak-anak untuk belajar makan untuk hilangkan lapar, bukan untuk kenyang apatah lagi makan sedap. Lupakan Mekdi dan Kepci buat setahun dua ini.
  15. Rumah dan kereta adalah kos paling besar dalam sesebuah keluarga. Makin besar saiz rumah dan kereta, makin besar maintenance, sewa atau ansurannya. Jadi boleh juga plan slow-slow untuk kecilkan saiz rumah dan saiz kenderaan.
  16. Masa yang panjang di rumah boleh gunakan untuk selongkar barang-barang, pakaian, perabot, alat elektrik dll sama ada kita benar-benar guna dan perlu atau sebenarnya ia dibeli sebab terpengaruh dengan jiran, makcik bawang atau Wowshop. Jika ada yang boleh kita jual, jual. Atau dermakan kepada yang memerlukan. Beban kurang, pahala pun dapat.
  17. Bayangkan, hilang punca pendapatan pun kita risau memikirkan apa nasib anak-anak kita. Bayangkan kalau dengan kita-kita sekali hilang? Jadi, jika sedang plan nak hentikan takaful untuk ringankan beban, fikir sekali lagi. Boleh buat pengstukturan semula polisi-polisi takaful. Buang manfaat yang kurang penting. Fokus kpd protection. Rule of thumb: Caruman paling rendah, perlindungan paling tinggi.
  18. Bagi peniaga kecil dan SME, model bisnes sebelum ini mungkin sudah tidak lagi relevan. Pengguna akan lebih berhati-hati menggunakan setiap sen mereka. Jadi mahu tak mahu, perlu bersiap sedia untuk mengubah model bisnes yang bersesuaian.
  19. Kita berada di akhir zaman. Covid-19, kemelesetan ekonomi, bencana, hutang, gaji dan segalanya adalah ketentuannya. Doa mampu mengubahnya. Sepanjang lock down kali ini, biar kita lupa hari, tapi jangan lupa diri apatah lagi lupa Tuhan Maha Pemberi Rezeki. Mungkin wang yang makin menjauh, supaya kita lebih mendekati-Nya.

Jadikan peluang masa ketika LOCK DOWN kali ini untuk kita sama-sama muhasabah serta tambah ilmu untuk menjadikan kewangan dan kehidupan kita lebih baik. Selepas krisis ini tamat, hanya ada 3 sahaja situasi yang bakal berlaku kepada diri

A. Kehidupan kita lebih baik daripada sebelum krisis.
B. Kehidupan kita lebih teruk daripada sebelum krisis.
C. Kehidupan kita sama sahaja sebelum dan selepas krisis.

Mana pilihan kita? Kita yang tentukan.

Antara pilihan yang kita boleh lakukan ialah tambah ilmu kewangan melalui Buku Bijak Merancang Wang #BukuBMW.

Klik BukuBMW untuk belajar ilmu kewangan secara bermodul. Ada 7 modul asas kewangan yang dikongsi dalam buku ini.

Ada promosi buku bersama e-learning Seminar Bijak Merancang Wang #SeminarBMW dan ebook PKP: Poket Kian Pokai? Poket Kena Penuh!

BukuBMW
BukuBMW
BukuBMW

Afyan Mat Rawi
Follow Channel Telegram Tips RM t.me/AfyanIFP utk dalami ilmu kewangan secara PERCUMA

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Kewangan bakal terjejas disebabkan LOCK DOWN? Ikuti 7 langkah ini…