fbpx

Kenapa perlu downgrade faraid apabila mempromosi hibah takaful?

  • 1 year ago
  • 3Minutes
  • 506Words
  • 973Views

Saya geleng kepala melihat poster promosi takaful ini.

Kenapa perlu ada ayat

“Meninggal, perlu FARAID”?

“Tidak perlu FARAID”?

Teruk sangat ke faraid ni di mata segelintir ejen takaful?

Selagi hayat dikandung badan, saya tidak akan menutup mata apabila melihat misleading sebegini rupa.

Selagi itu saya akan berikan teguran sebegini, walaupun dipandang serong oleh segelintir ejen yang menggunakan sales idea sebegini.

Jika nak promote takaful, tak perlu nak downgrade faraid sehinggakan orang nampak buruk kepada faraid.

Tidak dapat dinafikan, ada segelintir ejen baru yang naif, diajar oleh ejensi cara marketing sebegini rupa. Maka lahirlah bahan-bahan marketing sebegini.

Percayalah, poster sebegini bukan dikeluarkan oleh pihak syarikat secara rasmi. Ia adalah rekaan ejen dan ejensi.

Tidak dapat dinafikan, dalam masyarakat terdapat segelintir kes faraid yang menimbulkan masalah apabila penerima faraid tidak menunaikan amanah.

Jadi, yang perlu diberi kesedaran ialah tentang tanggung jawab terhadap faraid, bukan dengan memburukkan faraid.

Ibarat marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Yang salah ia sikap segelintir umat Islam yang abuse faraid, tapi yang disalahkan ialah faraid.

Lebih malang lagi apabila ada pihak yang mengambil kesempatan menangguk di air yang keruh, mengambil kesempatan mengejar sales takaful dengan memburukkan faraid.

Walhal, ada banyak kelebihan lain faraid berbanding hibah takaful.

Saya berikan beberapa situasi di bawah untuk menunjukkan bahawa hibah takaful pun boleh berlaku masalah.

Contoh 1: Pemilik polisi ada hutang tapi letak nama pasangan sebagai penerima hibah 100%, dan kemudian meninggal dunia.

Penerima hibah tidak wajib membayar hutang piutang pemilik dan pasangan yang hidup memilih untuk tidak membayar hutang arwah si mati, atas sebab tertentu.

Harta lain yang ditinggalkan tidak mencukupi untuk membayar hutang.

Maka menimbulkan masalah terhadap waris-waris yang masih hidup.

Contoh 2: Pemilik polisi letak nama pasangan sebagai penerima hibah 100%, dan kemudian meninggal dunia.

Pasangan yang menerima hibah 100% berasa seronok, tapi malangnya waris lain yang tidak menerima hibah berkecil hati.

Berbanding sekiranya takaful diagihkan mengikut faraid, semua waris akan dapat bahagian masing-masing berdasarkan syariat dan tidak ada yang berkecil hati.

Contoh 3: Bayangkan jika suami meletakkan nama hibah takaful 100% kepada isteri, dan masih ada ibu bapa yang di dalam tanggungannya yang tidak ada peruntukan hibah takaful.

Bayangkan pula ketika hidup hubungan menantu dengan mentua memang tak berapa ngam.

Kemudian si suami tadi meninggal dunia dan meninggalkan hutang yang tidak cukup untuk dibayar dengan harta pusaka yang ada?

Contoh 4: Suami berkahwin lebih daripada 1, tapi hanya meletakkan nama seorang isteri sahaja. Sudah tentu menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap isteri yang tidak diletakkan nama.

Contoh 5: Isteri letak nama anak-anak sahaja sebagai penerima hibah. Suami yang masih hidup tidak puas hati.

Apa kesimpulannya?

Kesimpulannya, faraid, hibah, wasiat, harta sepencarian dan seumpamanya adalah alat dalam pengurusan kewangan dalam merancang pusaka.

Baik buruk tidak ditentukan oleh instrumen yang digunakan, tapi ditentukan oleh manusia-manusia yang berhadapan dengan situasi tersebut.

Sebab itu dalam perancangan pusaka, sangat penting untuk memberi kesedaran kepada semua ahli waris dan keluarga tentang ilmu pusaka. Bukan hanya fikir hak masing-masing selepas pemilik harta meninggal dunia.

Faraid yang diturunkan Allah, sudah tentu ada hikmahnya dan ia datang dengan tanggungjawab. Bak kata Ben Parker; Great power comes great responsibility.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Masih ada ejen takaful yg beria-ia mengatakan bahawa hibah takaful…