fbpx

Betul ke hibah takaful tak boleh dicabar di mahkamah?

  • 11 months ago
  • 2Minutes
  • 242Words
  • 640Views

Masih ada ejen takaful yg beria-ia mengatakan bahawa hibah takaful tidak boleh dicabar di mahkamah.

Lebih pelik lagu, dia sendiri lupa bahawa dia pernah mengatakan begitu. Apabila diingatkan barulah dia teringat.

Walaupun sudah diberi peringatan oleh ejen lain satu kompeni, tapi masih mempertahankan kenyataan yang salah itu.

Apabila diminta bukti, tiada. Boleh pula minta bukti hibah takaful boleh dicabar di mahkamah.

Sebenarnya saya sudah rujuk kepada beberapa rakan peguam, mengesahkan bahawa memang hibah takaful boleh dicabar di mahkamah sekiranya ada ground yang kukuh.

Sama seperti kes-kes hibah harta yang lain. Ada banyak kes di mahkamah. Tapi tidaklah setiap hari ada kes mahkamah.

Utk makluman, dlm undang-undang negara kita, tidak pernah ada pun satu peruntukkan undang-undang utk mengayakan bahawa sesuatu itu tidak boleh dicabar ke mahkamah.

Sebab itu saya tegur tindakan ejen-ejen takaful yg merendah-rendahkan faraid sehingga mengeluarkan fakta yang salah.

Untuk sesuatu itu dibawa ke mahkamah, tidak perlukan apa2 peruntukan sebab secara prinsipnya begitulah sifat undang-undang.

Perlembagaan Persekutuan pun ada orang cabar. Jadi, begitu juga dengan mana-mana akta di Malaysia.

Hibah takaful tertakluk di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 atau IFSA 2013. Baru 10 tahun dikuatkuasakan.

Jika ada ground, boleh dibawa. Buktinya sudah cukup banyak kes-kes hibah dibawa ke mahkamah.

Sama juga kes faraid, bukannya hari-hari ada kes nak bawa ke mahkamah, sehingga tergamak segelintir ejen-ejen takaful memburukkan ia.

Jadi, dakwaan mengatakan bahawa hibah takaful tidak boleh dicabar di mahkamah adalah satu dakwaan yg salah sama sekali.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Semalam saya update satu posting dan teguran terhadap sebuah posting…