Kenapa perlu pengasingan total (termasuk branding dan marketing) syarikat takaful dan bank Islam dengan syarikat insurans konvensional dan bank konvensional?
Ingat lagi posting saya semalam? Baca di sini
Cadangan saya agar berlaku pengasingan total perbankan Islam / kompeni takaful dengan perbankan konvensional / kompeni insurans.
Pengasingan total termasuk dari sudut marketing dan branding.
Ini contoh seorang ejen takaful yg berada di ejensi insurans konvensional yang memasarkan kedua-dua serentak takaful dan insurans konvensional.
Masih ramai di luar sana ejen-ejen takaful dari kalangan orang Islam, memasarkan insurans konvensional serentak. Sama juga dengan staf-staf bank di bahagian promoter dan kaunter, memasarkan produk Islamic dan konvensional serentak.
Ya, sekarang ini memang sudah diasingkan dari sudut operation, produk, management, dan sebagainya. Ia menjadikan produk takaful dan perbankan Islam patuh syariah.
Isu yang saya bangkitkan adalah lebih daripada itu iaitu pengasingan brand dan marketing.
Praktis hari ini, kontvensional dan islamik berkongsi brand dan marketing yang sama menyebabkan masyarakat terkeliru.
Ia tak berlaku ketika hanya wujud bank Islam sahaja, suatu ketika dahulu.
Ketika itu hanya Bank Islam Malaysia Berhad sahaja yang menawarkan produk patuh syariah jadi orang tahu bahawa Maybank, Public Bank, BCB Bank adalah bank konvensional dan tidak patuh syariah.
Begitu juga ketika wujud syarikat Takaful Malaysia, Takaful Nasional dan Takaful IKHLAS suatu ketika dahulu. Tak berlaku ejen-ejen takaful mempromosi kedua-dua produk takaful dan konvensional serentak.
Masa Takaful Nasional wujud, orang tak terkeliru langsung dengan MNI Insurans walaupun ia daripada group yang sama, sebab nama Takaful Nasional itu berbeza dengan nama MNI Insurnace.
Tapi hari ini masih ramai yang terkeliru antara Prudential Assurance denan PruBSN Takaful, AIA Assurance dengan AIA PUblic Takaful, Etiqa Insurans dengan Etiqa Takaful dan sebagainya. Sekadar menyebut beberapa nama sebagai contoh.
Sebab? Nama sama. Malah, bukan setakat nama, tapi ejen-ejen juga dibenarkan memasarkan produk dari kedua-dua insurans dan takaful, jika berada dalam group kompeni yang mempunyai kedua-dua syarikat takaful dan insurans konvensional.
Perkara sama juga berlaku pada bank. Ramai yg masih keliru degan Maybank dan Maybank Islamic, Public Bank dan Public Islamic Bank, dan seterusnya.
Staf-staf masih mempromosi kedua-dua produk patuh syariah dan konvensional.
Banyak kali saya terjumpa pelanggan yang tak perasan pun mereka melanggan produk konvensional yang tak patuh syariah. Mereka mempercayai ejen dan serahkan bulat-bulat kepada mereka tanpa rujuk kontrak. Hanya apabila saya review kewangan mereka, barulah perasan ia tak patuh syariah.
Contoh macam status Dr UZAR semalam. Status dia betul dah, kompeni insurans yang melabur dalam syarikat judi, tapi pelanggan takaful terkejut. Ejen-ejen pula terpaksa buat penjelasan. Kenapa ia berlaku? Sebab nama sama.
Daripada status semalam juga, banyak juga pendedahan daripada pelanggan yang baru perasan mereka melanggan produk konvensional dan bukan takaful.
Justeru cadangan saya ialah penambahbaikan apa yang sedia ada bagi mengelakkan kekeliruan pada masa akan datang.
Wallahua’lam.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi,IFP
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran