fbpx

Hibah Takaful Boleh Selesaikan Hutang?(Kes 2)

  • 1 year ago
  • 6Minutes
  • 1050Words
  • 862Views

hibah takaful selesaikan hutang

Apakah Benar Hibah Takaful Selesaikan Hutang?

“Jangan letakkan nama isteri Tuan dalam penama hibah kalau Tuan berhasrat ingin jadikan polisi takaful ini sebagai medium untuk menyelamatkan hutang piutang Tuan”, kata saya.

“Eh, kenapa Encik Afyan? Hari tu saya ada terbaca di FB hibah dapat selesaikan hutang. Sebab itu saya ambil takaful”, katanya. Nampak wajahnya kehairanan.

Saya menarik nafas dalam-dalam. Bukan kes pertama yang saya temui.

“Ada tak dalam polisi takaful Encik yang menunjukkan penerima hibah perlu gunakan pampasan untuk tujuan membayar hutang-piutang Encik?”, saya bertanya.

“Tak ada”

“Masa Encik sign-up polisi ini, ada apa-apa dokumen tambahan untuk menunjukkan bahawa hibah ini akan digunakan oleh isteri Encik untuk membayar hutang-piutang Encik?”

“Errr… Tak ada”

Soalan saya jawab dengan soalan. Bertalu-talu soalan saya ajukan kepadanya supaya dapat menjentik mindanya sebelum saya membuat penerangan.

 

Hibah hukumnya sunat. Manakala membayar hutang hukumnya wajib.

Hibah bermaksud hadiah. Apabila sesuatu hadiah diberikan dan diterima, ia sudah menjadi hak milik penerima. Penerima hadiah berhak berbuat apa sahaja dengan hadiah yang diterimanya. Hadiah ialah bukti kasih sayang pemberi dengan penerima hibah.

Ini prinsip secara umum dan “common-sense” tanpa perlu belajar ilmu feqah.

 

Berbalik kepada hibah takaful.

Hibah adalah pemberian pampasan

Ia adalah pemberian pampasan takaful daripada pemberi hibah selaku pemegang polisi kepada penerima. Ia adalah tanda kasih sayang pemberi dengan penerima.

Jika tujuan hibah takaful adalah untuk perlindungan pendapatan atau “income protection”, ia sangat sesuai dan munasabah.

(Baca tulisan saya yang lain untuk detail tentang “income protection“)

 

Baca : Langkah-langkah melanggan income protection 

Baca : Income protection yang baik

 

“Hibah Takaful tidak membantu selesaikan hutang”

Tapi jika hibah takaful untuk tujuan penyelesaian hutang, ia tidak membantu.

Sebab, apabila penama hibah menerima pampasan takaful melalui kaedah hibah, ia sudah menjadi miliknya 100%.

“Jadi, bagaimana saya nak buat ni En Afyan? Saya perlu langgan polisi baru ke?”, nampak beliau cemas selepas saya berikan penerangan panjang lebar.

“Berapa coverage polisi Encik, dan berapa hutang yang Encik ingin selesaikan?” tanya saya.

Sekali lagi, soalan dijawab dengan soalan.

Dia memberikan detail maklumat yang diperlukan. Saya juga dapatkan maklumat tentang pendapatan beliau.

Sebenarnya, jika berhajat untuk jadikan polisi takaful sebagai medium untuk penyelesaian hutang, bukan dengan hibah takaful.

Cara paling mudah ialah dengan mengisi borang penamaan biasa, bukan mengisi borang penamaan hibah.

Kosongkan borang penamaan hibah. Isi pada bahagian penamaan biasa sahaja. Penama di situ akan menjadi pemegang amanah. Pemegang amanah bukan sebagai penerima.

 

Baca : HIBAH – Berapa Isteri Perolehi Selepas Bayar Hutang

 

Penama mestilah amanah

Dalam situasi ini, penama yang dilantik sebagai pemegang amanah takaful bertanggungjawab untuk menguruskan harta pampasan takaful tersebut.

Ia boleh digunakan untuk pengurusan jenazah arwah, membayar hutang piutang arwah dan akhir sekali dibahagikan kepada waris faraid arwah.

“Habis, bagaimana kalau pemegang amanah tidak amanah?”, soalnya tajam.

“Habis, kalau buat hibah takaful, kalau penerima hibah tidak amanah, adakah hutang akan selesai?”.

Sekali lagi soalan dijawab dengan soalan. Soalan tajam dibalas dengan soalan lagi tajam.

Dia tersengih. Saya tersenyum.

Jika penama tidak amanah, sama ada melalui hibah takaful atau penamaan biasa, tujuan utama untuk penyelesaian hutang tidak akan tercapai.

Ia boleh diatasi dengan beberapa dokumen tambahan. Antaranya ialah dengan surat ikatan amanah sebagai perjanjian di antara pemegang polisi dengan penerima hibah atau penama. Boleh juga melalui dokumen “absolute assignment” atau serahan hak mutlak kepada pemiutang.

Jika tidak ada dokumen tambahan di atas, bagi tujuan penyelesaian hutang melalui takaful, tanpa hibah takaful adalah lebih baik.

Apabila polisi takaful diletakkan penama hibah, ia sudah menjadi “creditor-proof” atau kebal-pemiutang. Maksudnya pemiutang tidak boleh membuat tuntutan daripada pewaris harta dalam bentuk hibah takaful.

Tapi jika penamaan biasa, ia tidak “creditor-proof”. Maka, selepas berlaku kematian dan pampasan takaful dibayar kepada penama tanpa melalui kaedah hibah, pemiutang berhak menuntut hutang daripada penerima pampasan.

Jadi, walaupun pemegang amanah tidak amanah, sekurang-kurangnya mereka tidak dapat lari dari membayar hutang.

“Jadi, bagaimana saya nak buat ni En Afyan? Saya perlu langgan polisi baru ke?, beliau ulangi soalan tadi. Kali ini nampak lebih tenang.

Cadangan yang saya berikan

Apa yang saya cadangkan ialah hanya perlu buat sedikit adjustment terhadap polisi takaful sedia ada. Tak perlu pun untuk batalkan sebab coverage sudah lebih dari cukup untuk bayar hutang.

Saya cadangkan beliau jumpa balik ejennya untuk susun kembali penamaan hibah dan penamaan biasa.

Boleh letakkan atas nama isteri tapi bukan 100% hibah. Mungkin 50% penanaman hibah dan 50% penamaan biasa supaya ada peruntukan yang wajib digunakan oleh isteri sebagai pemegang amanah untuk urusan-urusan lain seperti penyelesaian hutang dan pembahagian faraid.

Dalam masa sama, ada juga bahagian yang menjadi milik si isteri menerusi kaedah hibah. Ia sebagai tanda kasih sayang kita kepada pasangan hidup supaya dia sentiasa ingat dan doakan kita selepas kita pergi.

Dan ia juga sebagai kelangsungan hidup untuk isteri dan anak-anak apabila kita tiada kelak.

Terima kasih kepada para pembaca yang sudi membaca kisah ini dari awal hingga akhir. Ia adalah fiksyen adaptasi dari sebuah kisah benar dengan olahan yang memudahkan ia dibaca dan difahami.

Semak kembali polisi hibah takaful yang kita miliki dan jangan biarkan ia ditinggalkan dalam keadaan dilema kepada penerima hibah kita untuk mengambilnya atau digunakan untuk membayar hutang. Tunjukkan mereka jalan keluar dari sekarang.

Buat rakan-rakan ejen takaful, jika ada pandangan berbeza saya alu-alukan untuk Tuan-Puan berikan respon di dalam komen.

Buat para pembaca, jika ia bermanfaat, boleh kongsikan tulisan ini. Ajak pasangan untuk membaca bersama.

Semoga tulisan ini membantu kalian menyusun dan merancang kewangan dan harta pusaka dengan baik dan menggunakan produk kewangan yang betul.

 

Artikel berkenaan hibah takaful:

Hibah Takaful-Isteri Tak Wajib Bayar Hutang Suami

Hibah Takaful Boleh Selesaikan Hutang?-Kes 1

Hibah Takaful Boleh Selesaikan Hutang?-Sambungan Kes 1

Hibah Takaful Boleh Selesaikan Hutang?-Kes 2

Penerima Hibah Tidak Wajib Pun Untuk Membayar Hutang Pemberi Hibah

 

Follow Afyan Mat Rawi, IFP.

Ini antara topik yang dibincangkan dalam #SeminarBMW Seminar Bijak Merancang Wang yang sudah diakan sejak tahun 2016. 

 

Inginkan sesi konsultansi bersama perunding INFAQ Consultancy tentang perkara ini? Isi borang di bawah:

Wakil kami akan hubungi insyaALLAH utk sesi penerangan dan konsultansi.

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

2 Comments

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Video rakaman lansung rancangan ANALISIS bersama FINAZ YUNUS. Moderator: Finaz Yunus, TV…