fbpx

Kepentingan pemilihan ejen dalam pelaburan unit trust

  • 10 months ago
  • 3Minutes
  • 520Words
  • 244Views

Dr Azizul Azli Ahmad berkongsi satu screenshot aduan seorang pelabur unit trust yang melabur melalui KWSP, dengan caption yang agak pedas “Kekal dalam KWSP lebih baik”. Siap capslock lagi.

Posting tersebut mendapat reaksi pelbagai terutama daripada para konsultan unit trust dan juga para pelabur.

Sebagai seorang konsultan yang juga melabur dalam unit trust, saya akui kepahitan tersebut.

Berdasarkan komen, ramai pelabur yang bersungut tentang performance pelaburan mereka dan kualiti ejen mereka.

Di pihak konsultan pula memberi komen betapa pentingnya memilih ejen yang berkualiti.

Saya sangat setuju, pemilihan ejen sangat penting dalam pelaburan unit trust.

Dapat ejen yg boleh bantu monitor pelaburan unit trust, dapat advise daripada mula pemilihan dana, bila waktu nak top up, dapat advise utk bantu kita utk advise bila nak cut loss, bila nak lock profit, bila nak switch fund dan akhir sekali kita beroleh keuntungan.

Saya setuju 1000% dengan komen tersebut.

Pengalaman saya 20 tahun dalam bidang kewangan, sangat-sangat-sangat-sangat sukar untuk mendapatkan ejen seumpamanya. Jika ada yang sudah berjumpa, pegang kemas-kemas ejen berkenaan.

Dan saya bukanlah sebahagian daripada ejen tersebut, saya akui.

Pada saya ejen ialah sebagai pemudah cara untuk membantu pelanggan memilih dana. Dan sebenarnya ejen boleh sahaja melabur tanpa ejen dengan kos yang lebih rendah.

Ada prospek yg saya tolak utk jadi klien sebab tak mampu nak buat semua tu. Apa yang sy mampu buat ialah ajar prospek cara pelaburan unit trust yg betul. Namun tak ramai yg ready.

Bagi pelanggan yang tak berjumpa dengan ejen sebegitu rupa, ada beberapa advise saya.

1. Ikut nasihat Dr Azizul Azli Ahmad di atas. Saya pun banyak kali advise perkara sama. Lebih baik wang yang kita ada stay sahaja dalam TH /ASB / KWSP / bank daripada dikeluarkan untuk perkara yang kita sendiri tak tahu.

Advise ini terpakai bukan sahaja untuk pelaburan unit trust, malah juga utk saham, emas, hartanah, private mandate, RPS, FCPO, kripto, bitcoin dan seumpamanya.

2. Belajar ilmu pelaburan unit trust. Sekarang ni ada mcm-mcm sumber bahan bacaan pelaburan. Sebenarnya kata kunci pelaburan menggunakan unit trust ni, kena monitor. Ia taklah komplikated macam saham.

Mula-mula kena pilih dana berkualiti, kemudian kena monitor. Sebulan dua sekali kita monitor pun dah ok utk buat switching, top up, lock profit, cut loss dan seumpamanya.

Macam kita tanam pokok. Bukan hari-hari kita kena duk depan pokok. Masa mula-mula kena pilih anak pokok betul-betul. Kemudian daripada situ, kena baja, kena letak racun, mungkin ada yg nak kena cantas dan seumpamanya.

Kalau ada yang berminat, saya nak share satu program utk belajar unit trust yg akan diadakan kelak.

Dalam program ni akan dikongsi cara pilih dana guna platform I-Akaun KWSP, cara monitor dana dsb. Pemilihan dana tidak tertakluk dalam satu syarikat sahaja. Malah pelabur boleh melabur unit trust dengan sales caj yang rendah dan tanpa melalui ejen.

Saya plan utk adakan Investment Seminar | Back To Basic – Unit Trust. Ia sbg panduan utk pelabur memilih dana dan melabur sendiri.

Ia bukan jaminan keuntungan pelaburan ya. Dengan ilmu dalam program ini, pelabur boleh melabur sendiri. Kos lebih rendah.

Isi form survey di sini

Kalau ramai berminat, kami akan anjurkan dan hubungi mereka yg berminat ini.

Siapa berminat boleh berikan komen.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Siri bercakap dengan forex trader. Saya kongsikan di sini supaya…