fbpx

Kerja Semata-mata Bayar Hutang?

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 372Words
  • 450Views

Pernah tak kira berapa jam kita kerja sehari hanya untuk bayar hutang?

Berbaloi ke kita bekerja, lebih 50% hanya untuk bayar hutang? Malah ada yang pernah saya jumpa, 70% untuk bayar hutang. Selalunya dari kalangan kakitangan awam.

Mungkin disebabkan bank mudah approve permohonan mereka.

 

Dipetik dari FB Ashraf Mislan

Kenapa, hutang kita tu, kita perlu tahu kedudukannya? Bila kali terakhir kita semak jumlah hutang kita?

Aku yakin, semua dikalangan kita pernah berhutang. Dan dikalangan aku sendiri (penjawat awam) mempunyai hutang yang tinnggi. Boleh aku katakan, 90% penjawat awam ni, mesti pernah berhutang. Ini bukanlah statistik tepat, cuma ambil data di sekeliliing aku sahaja.

Ok, kenapa perlu tahu kedudukan hutang kita?

1. Hutang berkadar terus dengan gaji. Makin tinggi gaji, paling tinggi juga potensi untuk membuat hutang.

2. Berapa jumlah hutang kita yang tersedia perlindungan sekiranya berlaku bencana kewangan?

Maksudnya, berapa jumlah hutang kita yang tak ada perlindungan takaful?

Contoh kebiasaan hutang yang tak ada takaful (insurans) ni:
• Hutang kenderaan
• Hutang AEON
• Hutang Perabot
• Hutang Kad Kredit

Dan paling penting, hutang rumah yang ada MRTT itu pun, boleh jadi tak mencukupi perlindungan takafulnya. Pedih kan?

3. Bila last kita semak, berapa jam kita bekerja untuk bayar hutang kita?

Senang je nak kira. Jumlahkan kesemua komitmen hutang kita.
Contoh : Bayar hutang RM1750.00 daripada gaji RM3000 sebulan.

Maksudnya, kira – kira 58% gaji kita, habis untuk hutang.

58% x 8 jam bekerja = 4.6 jam,

Maksudnya, kalau masuk kerja pukul 8 pagi, pukul 12.30 tengah hari tu, baruuu habis untuk bayar hutang. Fuhhhh, lagi pedih kan?

Tiga faktor ni sahaja, dah cukup sentapkan hati kita pasal hutang. Sedih tak dengan kesilapan kita dulu?

Kenapa kita boleh buat hutang banyak – banyak macam ni?
Sebab ilmu pengurusan kewangan kita lemah.

Yela, 4.6 jam sahaja untuk bayar hutang.

Punch card, lepas tu kita bekerja untuk Bank Rakyat, Bank Koperasi, PTPTN, AEON Kredit, Produa, Kedai Motor Song Seng dan Court Mamot. Fuhhhhh. Sentap la aku mula – mula dengar benda ni. Hahahaha.

Bukan tak boleh berhutang, tapi berpada – pada. Tambahkan ilmu, perbaiki urus tunai kita.

Nak mula belajar urus kewangan? Klik sini : eSeminarBMW
Laburkan RM50 hari ini, mungkin dapat selamatkan RM50,000 anda daripada LEBUR.

Ashraf Mislan
INFAQ Consultancy

____________________

Tunggu posting esok, saya share pula hutang apakah yang menjadi ‘silent killer’ dalam pengurusan kewangan.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Tadi saya kongsi tulisan pengalaman seorang pembeli #eSeminarBMW yang pernah mempunyai hutang…