fbpx

Ketiadaan undang-undang tegas menangani isu murtad di Malaysia: Ancaman terhadap akidah umat Islam dan generasi masa depan

  • 11 months ago
  • 2Minutes
  • 218Words
  • 125Views

Sebenarnya di Malaysia tidak ada undang-undang tegas menangani isu murtad. Perkara ini bukan baru, ia sudah lama.

Hanya hebahan supaya kesedaran kepada umat Islam sahaja yang boleh dibuat oleh pihak berkuasa seperti JAKIM.

Justeru, sebagai umat Islam kita wajib untuk menjaga diri sendiri dan keluarga serta generasi akan datang daripada sebarang elemen liberalisasi agama.

Contohnya tahun lepas, JAKIM sudah pun keluarkan kenyataan berkenaan urusniaga dengan sebuah syarikat MLM yang menjalankan aktiviti Kristianisasi.

Dalam kenyataan tersebut, JAKIM menegaskan bahawa umat Islam dilarang melibatkan diri dalam aktiviti urus niaga dan mempromosikan syarikat berkenaan atau apa-apa perniagaan seumpamanya yang menyumbang kepada gerakan anti Islam.

Syarikat tersebut masih beroperasi seperti biasa sehingga hari ini. Malah leader-leader Muslim masih aktif mempromosi saban hari.

Perkara sama bakal berlaku terhadap penggiat filem Mentega Terbang. Tindakan serius tidak akan ada.

Ia bukan soal kerajaan mana yang memerintah tapi ketiadaan undang-undang tegas menangani isu sebegini.

Kita mungkin dapat menjaga akidah kita dan keluarga kita sekarang, tapi bagaimana dengan generasi kita akan datang?

Sebab itu kita wajib untuk sensitif apabila timbul isu sebegini. Malangnya ada segelintir umat Islam yang mencemuh umat Islam lain yang bangkit. Lebih malang lagi sesetengah tahi politk yang mengambil kesempatan untuk dijadikan modal politk untuk tunjukkan mereka hero.

Semoga Allah menyelamatkan akidah kita semua dan generasi kita.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Tags:

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Beza dosa vs pahala, halal vs haram hanyalah 0.6% Dividen…