October 11, 2019
Khutbah Jumaat “BIJAK MENGURUS KEWANGAN PERIBADI”
Khutbah tadi bertajuk “BIJAK MENGURUS KEWANGAN PERIBADI”.
Antara point penting tadi ialah;
- Harta adalah amanah daripada ALLAH. Ia akan dipersoalkan di akhirat kelak.
- Ilmu pengurusan kewangan adalah merangkumi perancangan perbelanjaan, membuat simpanan atau menabung, mengambil pembiayaan untuk keperluan kehidupan, mengambil perlindungan takaful, berzakat, merancang persaraan, bersedekah, pembahagian hak-hak waris termasuklah harta anak-anak yatim dan sebagainya.
- Belajar daripada pakar kewangan untuk merancang kewangan.
- Susun semula kewangan peribadi dengan
memperbaiki perbelanjaan dan menentukan gaya hidup kita. - Amalkan budaya menyimpan atau menabung
kerana ia adalah persediaan sekiranya berlaku hal-hal kecemasan dan diluar jangka. - Elakkan diri dari mengambil pembiayaan yang tidak perlu dan membazir lebih-lebih lagi berhutang bagi perkara-perkara yang tidak penting.
- Gunakan produk kewangan yang patuh syariah.
Satu usaha yang bagus oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Releven sempena pembentangan bajet hari ini.
Akan datang, membaca khutbah boleh diupgrade kepada menyampaikan khutbah. Baru Best!
Sumber dari FB Afyan Mat Raw
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran