fbpx

Kisah 20 tahun dalam Industri Takaful

  • 1 year ago
  • 2Minutes
  • 338Words
  • 426Views

Saya baru sempat follow isu ejen takaful sailang daripada kompeni A ke kompeni B.

Just nak beritahu, bulan ini genap 20 tahun saya berada dalam industri kewangan.

Bermakna 20 tahun saya dalam industri takaful.

Dan 20 tahun juga saya sudah berada di kompeni Takaful IKHLAS.

Ini sahaja bukti yang tinggal.

Cari authorised card sebagai ejen takaful, tak jumpa pula.

Bisnes kad lama ini sewaktu saya mula-mula menjadi perunding takaful secara separuh masa.

Ingat-ingat lupa tahunnya tapi saya jalankan bisnes ini secara “no-time” dari 2003 hingga 2006 dan part-time dari 2006 hingga 2009, sebelum full time bermula 2009.

Ketika itu saya dengan bangganya meletak title degree saya “LL.B (Hons), UIAM”.

Siapa tak bangga woi.

Bukan senang nak habiskan degree kursus undang-undang, di UIAM pula tu. Di sini, antara kulliyyah yang tinggi pelajar kena buang. Adeh…

2 tahun di matrikulasi Lembah Pantai dan PK + 4 tahun di main camp di Gombak = menjadikan total 6 tahun untuk mendapatkan title LL.B (Hons), UIAM.

Belajar pula dalam bahasa Inggeris + bahasa Arab. Kalau sambung satu tahun lagi, Boelh dapat 2nd degree dapat tambah title “Shariah” menjadi LL.B Shariah. Saya tak sambung. Malas belajar. Hahaha

LL.B bermaksud Legum Baccalaureus yg mudah difahami sebagai Ijazah Undang-undang. LLB juga kadang-kadang ditakrifkan sebagai “Look Like Busy” dan boleh jadi juga “Lama-lama Biol”.

Hoho!

Namun, itu cerita lama.

Ada satu insiden yang menyebabkan saya tidak lagi meletakkan title degree tersebut pada bisnes kad.

Suatu hari, saya berjumpa dengan seorang prospek yang juga seorang peguam senior di KL.

Beliau telah “membasuh” saya supaya chambering dan practise, sejak itu saya tidak lagi meletakkannya di bisnes kad saya.

Ada yg hendak tahu kisah tersebut? Cer komen sikit.

Cadangnya saya nak terbit kan satu naskah penulisan ala “untold story”, bagaimana Saya mampu bertahan dan setia dengan satu syarikat tanpa perlu lompat melompat.

Tanpa perlu lompat kompeni.

Tanpa perlu lompat ejensi.

Tanpa perlu lompat 3T – ALC.

Kalau saya terbitkan kelak, ramai ke yang nak dapatkan?

Tengah pertimbangkan sama ada ia dalam bentuk ebook atau bercetak.

Sempena genap 20 tahun saya berada dalam industri takaful ini.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Tags:

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Standard Chartered Ia sebuah bank konvensional yakni riba. Menyertai program…