fbpx

Kisah inspirasi: Nenek 81 tahun cipta aplikasi handphone

  • 8 months ago
  • 2Minutes
  • 312Words
  • 111Views

Nenek berusia 81 tahun ini buat apps handphone sendiri!

Siapa sangka, seorang nenek berusia 81 tahun baru je hasilkan aplikasi iPhone sendiri, sehingga menarik perhatian CEO Apple Tim Cook!

Ini cerita tentang Makcik Masako Wakamiya. Bukan makcik, tapi nenek!

Al-kisahnya bermula apabila dia meluahkan perasaan berkenaan tak ada satu aplikasi handphone yang menyeronokkan dan sesuai untuk warga emas.

Katanya, “Kalau main game dengan budak-budak muda, memang kalah la sebab jari tak larat lawan laju diorang.”

Kemudian, dia juga pernah cuba mintak orang lain buat game khas untuk warga emas macam dia, tapi tak ada sape layan.

Long story short, dia cakap, “Tak pe la, aku buat sendiri jela!” lalu dia belajar sendiri dan akhirnya menjadi seorang programmer!

Apa yang berlaku selepas itu menjadi sejarah.

Dia menjadi programmer tertua di dunia, dan menghasilkan Apps yang diberi nama. “Hanidan”, khusus untuk pasaran warga emas seperti beliau.

App ni kisahnya game untuk iPhone yang berkisarkan festival tradisional Jepun. Time festival ni, diorang akan letak patung-patung cantik yang pakai baju tradisional dalam susunan tertentu. Dalam app Makcik Masako ni, kita kena hias patung-patung tu ikut betul-betul.

Dia panggil diri dia ‘pengkhotbah teknologi’, even dia tulis buku komputer sendiri sebab dia rasa buku-buku komputer tu bosan gila.

Dia cakap, “Tak payah la jadi pro sangat, asalkan kreatif sikit, pandai la buat bahan ajar sendiri.”

App “Hinadan” ni yang pertama, tapi takkan jadi yang terakhir.

Makcik Masako ni kata dia banyak idea lagi, nak buat app baru.

Tapi dia cakap, “Aku punya kemahiran dalam coding ni tak bagus sangat la, kena banyak belajar lagi.”

Hebat kan, walaupun dah 81 tahun, semangat nak belajar tak padam lagi!

Apa lagi alasan kita, orang muda?

Jom belajar ilmu2 kewangan secara advance melalui Buku Financial Independence Retire Early (F.I.R.E)

Ada 7 langkah demi langkah mencapai financial freedom dan 9 mindset jutawan.

Detail. & tempahan di BukuFIRE.com

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Bernard Arnault: Di Sebalik Kejayaan Empayar Barangan Mewah LVMH Bernard…