fbpx

Korban Dengan NGO AZHAR CARE Di Afrika

  • 5 years ago
  • 2Minutes
  • 330Words
  • 431Views

Sesiapa yang baru nak merancang untuk ibadah korban tahun ini, boleh konsider dengan NGO AZHAR CARE ini.

Tahun ini mereka akan melaksanakan di AFRIKA.

Tiada kaitan dengan Wakanda yang terletak di Afrika ya.

Ramai yang bertanya mengapa perlu QURBAN di AFRIKA bersama Al Azhar Care ?

Disini saya sertakan 5 sebab mengapa di AFRIKA.

Maklumat ini saya perolehi daripada wakil mereka PU Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan yang pernah ke sana.

1) SETAHUN SEKALI MENJAMAH DAGING

Pagi tadi mungkin sahaja kita menjamah daging sedangkan bagi komuniti muslim di Afrika daging merupakan makanan mewah yang dapat dinikmati setahun sekali khususnya pada Hari raya Qurban.

Kebuluran sangat tinggi di bumi Afrika sehinggakan menurut statistik World Health Organisation (WHO) kes kematian kerana kebuluran dan Penyakit Malnutrisi sangat tinggi sehinggakan setiap satu jam akan ada kematian kerana kebuluran. Bererti satu Hari 24 orang meninggal kerana kebuluran.

2) MURAH : RM 350 SATU BAHAGIAN LEMBU

Kenapa begitu Murah ? Kerana nilai matawang kita yang 5 kali ganda daripada Matawang mereka dan Pihak One Azhar Care berusaha mencari pembekal yang paling murah tanpa mengurangkan kualiti lembu yang akan dikorbankan.

Kami juga bekerjasama dengan orang tempatan untuk membeli lembu orang kampung maka harganya menjadi lebih murah berbanding membeli daripada Pihak ke-3.

3) TERJAMIN

Pengalaman kami selama hampir 5 tahun disini mengoktimumkan pengedaran daging kepada ramai pihak.

Sukarelawan kami yang terdiri daripada Ustaz Abdullah Ibrahim,Ustaz Shahrizan dan PU Rahmat sendiri akan ke Afrika untuk menyembelih sendiri haiwan Qurban

4) DIDOAKAN MEREKA YANG KEBULURAN

Sebahagian daging qurban dan akikah akan dimasak terus dan dihidangkan seperti kenduri dan kami akan mendoakan para pengqurban. Semoga Allah terima amalan kita semua.

5) NEGARA MINORITI MUSLIM

Adat apabila muslim minoriti kita sering tertindas dan terpinggir. Tugas kita yang majoriti membantu mereka yang merupakan saudara seislam kita.

Kalau bukan kita ? Siapa?
Kalau bukan hari ini ? Bila?

Marilah memaknakan Qurban kita . Semoga Allah terima Amalan Kita. Amin

📞+60139999894
@ whatsapp

http://www.wasap.my/60139999894/QURBANAFRIKAAFYAN
http://www.wasap.my/60139999894/QURBANAFRIKAAFYAN
http://www.wasap.my/60139999894/QURBANAFRIKAAFYAN

Semoga Allah terima Amalan kita.
Amin

#AlAzharCare
#QurbanAkikahAfrika

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Saya ambil inforgrafik ini dari FB Amanah Raya Berhad selepas…