Kos Private Mandate Mahal, Bebih Baik Trade Sendiri
“Kos Private Mandate mahal, lebih baik trade sendiri “.
Ya, betul. Memang trade sendiri lagi rendah kosnya berbanding Private Mandate yang ada sales charge. Minima caj jualan Private Mandate adalah 1.5% hingga maksima 5%.
Jadi, kalau nak jimat, boleh trade sendiri.
Nak jimat memang kena trade sendiri.
Pilih kaunter sendiri, analisis sendiri, lock profit sendiri, cut loss sendiri, rebalancing sendiri, swap sendiri dsb sendiri.
Nak tau buat semua ni kena ada ilmu. Nak ilmu kena belajar.
Itu kos yang tak nampak apabila invest sendiri berbanding kos yang nampak apabila guna Private Mandate.
Sama macam nak pakai baju. Kalau jahit baju sendiri, sudah tentu kosnya lebhih rendah. Jika kita upah tukang jahit, akan jadi lebih tinggi kosnya.
Sama juga kalau nak beli rumah. Kalau buat rumah atas tanah sendiri, tentu lagi murah berbanding rumah yang dah siap. Kalau nak lagi jimat, boleh tukang rumah sendiri.
Nak makan nasi lemak? Masak sendiri, tentu lagi jimat.
Beli beras, beli santan, beli cili, beli daun pandan, beli kacang, beli timun, beli gula, beli garam, beli bawang dan sebagainya.
Kemudian masak sendiri, guna dapur sendiri, tong gas sendiri, periuk kuali sendiri.
Lepas masak, kena basuh peralatan yang digunakan. Kena kemas balik.
Ada satu lagi perkara yang perlu untuk masak nasi lemak, ILMU MASAK NASI LEMAK.
Cuba bayangkan, kita beli semua bahan masakan dan ada semua peralatan masak nasi lemak tapi TIADA ILMU MASAK NASI LEMAK?
Memang haru la jawabnya.
Jadi, apa solusinya? Beli Nasi Lemak Ujang.
Nak untung? Jadi MR. Boleh dapat komisen apabila dapat klien
Artikel yang perlu di baca :
- Interpac Dana Safi Terbaik Tahun 2020
- Senarai Nama Marketing Representative Yang Sah
- Kerjaya Dalam Bidang Pelaburan Sebagai Marketing Representative
- Kelebihan Sebagai Marketing Representative
- Pelaburan Terbaik Pulangan Lebih 20% Menggunakan PMA
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran