Kritikan terhadap perbankan Islam dan cabaran masa depan: Kebenaran dan kontroversi
Ramai bangsa anti bank Islam gunakan video klip Sohibus Samahah Dr MAZA ini untuk mengatakan bahawa bank Islam haram dan ada riba.
Untuk bertindak adil, saya kongsikan link video tersebut. Cuplikan kuliah Mufti Perlis pada sekitar 7-8 minit pertama dan Tuan-Puan boleh tonton di Youtube. Klik di sini
Beliau mengkritik beberapa perkara dalam bank operasi Islam, antaranya
1. Kesan penindasan akibat hutang bank konvensional masih berlaku dalam perbankan Islam.
2. Model urusniaga jual beli 2 pihak yang menghasilkan hutang, adalah helah untuk menghalalkan riba.
3. Penasihat syariah bank Islam dibayar.
Secara umumnya, saya yakin dan percaya para pemain dalam perbankan Islam terutama daripada kalangan penasihat syariah, menerima dengan terbuka kritikan-kritikan yang diberikan.
Malah Dr MAZA beberapa kali mengakui bahawa tidak ada riba di bank Islam (rujuk minit ke 0:23) dan juga menegaskan bahawa akad di perbankan Islam berbeza dengan bank konvensional (rujuk minit 1:25).
Jauh sekali dengan hujah bangsa bank Islam yang menolak terus bank Islam dan mengatakan ia ada riba dan haram. Tambah pelik apabila ada daripada kalangan mereka yang suka menggelar orang lain Wahabi tapi menggunakan video Dr Maza yang selalu di label sebagai Wahabi, sebagai hujah.
Lebih pelik lagi daripada kalangan geng forex tapi jadi bangsa anti bank Islam, sebab nak haruskan forex trading.
Dan lagi-lagi pelik, ada daripada kalangan mereka memang bersungguh-sungguh nak menjatuhkan bank Islam dan menggunakan perbankan konvensional yang tiada khilaf ia haram. Alasan mereka, lebih bank konvensional yang confirm riba berbanding riba bank Islam yang berselindung di sebalik label Islam.
Model yang disebut oleh Dr Maza dalam video di atas dipanggil sebagai bai’-Inah dan ia adalah khilaf dalam kalangan ulama fiqh mazhab. Majoriti imam mazhab menolak bai’inah dan mengatakan ia haram dan riba.
Tidak dapat dinafikan bahawa model kontrak bai’inah ini sangat kontraversi dalam industri perbankan Islam. Pakar-pakar muamalat dalam perbankan Islam sendiri mengkritik model ini.
Namun harus diingat bahawa Imam Syafie mengharuskan bai’inah. Dalam mazhab Syafie, halal haram muamalat ditentukan oleh kontrak dan apa yang diniatkan tidak mempengaruhi kontrak.
Sebagai Muslim, kita menghormati pandangan daripada alim ulama kerana kita yakin mereka berijtihad dengan segala ilmu berdasarkan Quran dan Hadith. Tidak seperti bangsa anti bank Islam, yang berhujah tanpa landasan ilmu, dan menuduh alim ulama perbankan Islam menghalalkan riba.
Sebenarnya ramai tak tahu, bahawa bai’inah sudah jarang digunakan dalam perbankan Islam hari ini. Banyak model-model lain yang digunakan seperti tawaruq dan musyarakah munataqisah.
Ia bukan sekadar tukar nama tapi menukar asas kontrak di antara institusi bank dengan pelanggan. Sebab itu Dr Maza menyebut bahawa tidak ada riba dalam bank Islam dan kontraknya berbeza dengan bank konvensional.
Perbankan Islam tidak sempurna. Sebagai makhluk, perbankan Islam ada banyak kelemahan dan sentiasa ada ruang tambah baik. Dan kita sebagai Muslim, wajib menyokong perbankan Islam yang patuh syariah sebagai alternatif bank konvensional.
Tidak setuju? Tiada masalah. Nak kritik? Tiada masalah.
Yang jadi masalah ialah mengfitnah industri bank Islam. Mengfitnah para alim ulama perbankan Islam menghalalkan riba.
Jika ada model kewangan Islam yang lebih baik daripada perbankan Islam, tubuhkan sebagai alternatif kepada bank Islam hari ini.
Tak semestinya tubuh bank. Boleh tubuh atas nama koperasi yang tidak sekomplikated bank.
Saya yakin jika koperasi yang ditubuhkan oleh bangsa bank Islam menawarkan pinjaman qardhul hasan tanpa riba, saya yakin berpusu-pusu umat Islam meninggalkan bank Islam dan memberi sokongan kepada koperasi berkenaan.
Saya akan jadi pelanggan pertama, nak pinjam 1 juta dan bayar balik 1 juta dalam masa 30 tahun dan hari-hari saya promote di FB. Ini janji saya sebagai tanda tanda sokongan.
Dapatkan tips RM PERCUMA di t.me/AfyanIFP
Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran