fbpx

Kunci kejayaan dalam pelaburan emas: Ilmu sebagai asas utama

  • 1 year ago
  • 1Minute
  • 166Words
  • 901Views

Sebenarnya ada satu persamaan di kalangan orang yang berjaya melabur dan menyimpan emas ini.

Baca sampai habis, untuk saya bongkarkan. Hahaha. Saya yakin ramai rakan-rakan di luar sana yang bersetuju dengan kenyataan saya.

“Apa persamaannya tu tuan?”

Mereka yang berjaya di dalam pelaburan emas ini adalah mereka yang mempunyai ilmu tentang emas. Mereka bukan melabur sekadar ikut-ikutan sahaja.

Percayalah, mereka yang melabur secara ikut-ikutan ini sebenarnya tidak ke mana.

Dan ini sebenarnya terpakai untuk semua jenis pelaburan sama ada hartanah, saham, matawang kritpo dan lain-lain. Mereka melabur untuk ilmu terlebih dahulu.

“Tuan, beli emas ni bukan sekadar beli dan simpan ke?”

Betul, cuma ramai yang tak faham sampai bila seseorang itu patut menyimpan emas. Ada yang beli hari ini, esok dah rasa nak jual.

Ada yang beli sebulan dua, rasa nak jual sebab tak untung.

Dan yang paling saya risau, ada yang nak jual semula tapi dia tengok pada harga beli, bukan harga jual.

Sah-sah la rugi, betul tak?

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Percayalah, jika pendapatan isi rumah RM10,000 pun akan mengalami perkara…