Labur RM2,000, Untung RM200 Juta?

No photo description available.

Labur RM2,000, untung RM200 juta?

Bukan RM20 ribu, bukan RM200 ribu, bukan RM2 juta, bukan RM20 juta tapi RM200 juta!

RM200,000,000!

Berkali-kali saya baca dan semak berita. Kot-kot tersilap baca atau mungkin wartawan silap lapor. Tapi wartawan tersebut bukan Menteri tak mungkin silap titip perpuluhan.

Berapa ROI tu?

Keuntungan 9999900%!!!

Kalau benarlah ada skim yang boleh berikan pulangan pelaburan setinggi itu, sepatutnya kerajaan yang patut labur dulu.

Lepas kerajaan labur dan untung, boleh selesaikan segera hutang negara.

Kemudian boleh bagi mansuhkan semua tol di sellluruuh Malaysia dan bagi duit minyak kepada pengguna yang lalu tol.

Boleh bagi dividen Tabung Haji 20%, siap boleh hantar jemaah pergi haji balik hari.

Boleh mansuhkan PTPTN dan pulangkan balik kepada peminjam yang dah selesaikan hutang PTPTN.

Dah masuk tahun 2020, masih ramai yang suka kena sontot?

Sudah-sudahlah. Mana ada duit mudah hari ini.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi, IFP

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com