fbpx

Lagi kes misleading dan misselling ejen mempromosi takaful sebagai pelaburan

  • 1 year ago
  • 5Minutes
  • 859Words
  • 425Views

Saya yakin ramai rakan-rakan industri akan kecam apabila saya tulis macam ni. Tempoh hari saya tulis sedikit isu darkside dalam industri takaful pun ramai yang sentap.

Masih ramai ejen takaful yang buat perangai macam ini. Mempromosikan takaful sebagai produk pelaburan.

Rujuk aduan daripada seorang pengguna di Group FB Peguam dan Pengguna Malaysia ini:

“Assalamualaikum. Saya mencari peguam yang berkaliber & perpengalaman dalam isu hak pengguna. Saya ditipu oleh agen insurans takaful dan saya perlukan pencerahan & nasihat oleh peguam yg mahir dalam bidang ini. Duit tidak menjadi masalah jika kes saya ini boleh dibela. Terima kasih 🙏🏻

Kemudian di ruangan komen, beliau memberi penjelasan berikut:

” Minta maaf ya sebab timbulkan byk persoalan 🙏🏻

Ok, ini isu berkaitan agent insurans AIA bagi misleading/misconduct information. Saya buat caruman berjumlah RM150,000 untuk setahun. Agent cerita di mulut lain, policy lain. Agent janjikan konsep simpanan takaful. Agent cakap boleh simpan dan withdraw pada bila2 masa..saya berasa tertipu bila lepas buat plan saving & investment AIA.

Agent dengan yakinnya suruh saya simpan segala duit yang saya ada ke dalam AIA. Kata beliau, Lebih selamat & terjamin kerana ada protection dan boleh withdraw pada bila2 masa. Saya ikut kata2 dia tanpa baca policy AIA lebih detail. Rupanya Ada syarat yang disembunyikan dari beliau. Setiap Policy ada fund value. Duit yang saya laburkan@simpan tak dapat dikembalikan oleh pihak AIA jika tak sampai tempoh matang. Kalau saya nak tebus jugak, hanya dapat 30% sahaja. Kemudian policy akan burn @ lapsed. Saya tidak salahkan AIA. Tapi saya salahkan etika & cara agent yang terlalu pressure dan putar belit client sampai jadi. Saya berasa teraniaya dan tertipu dengan cara dan taktik “approach” kotor agent insurans ini yang nampaknya terlalu “commision hunter”

Untuk pengetahuan semua, ada lagi 2-3 orang mangsa yg terkena dgn beliau dan ingin tuntut semula wang.

Saya pernah berjumpa dgn beliau dan berbincang selesaikan masalah ni. Dia bersetuju utk pulangkan sejumlah RM130,000 atas permintaan saya. Saya tanya dia sekali lagi “ betul ke boleh keluarkan? ” Dengan yakinnya juga dia jawab boleh. Katanya dia boleh adjust sistem AIA utk keluarkan duit.

Sehingga kini, duit saya masih belum diselesaikan sepenuhnya. Beliau seperti lepas tangan kerana mungkin beranggapan beliau tak kan dikenakan apa2 tindakan kerana client sudah sign up policy.

Persoalannya kat sini, ada tak sesiapa yg pernah berhadapan pengalaman seperti saya? Apa tindakan tuan/puan atas situasi saya ini?”

Bayangkan berapa komisen komisen ejen tu?

Itu kalau seorang? Kalau 10 orang sebulan? Setahun?

Tak hairan la kalau berjaya dapat MDRT, TOT, COT, LOL dan seumpamanya.

Kalau ada lagi rakan-rakan yang pernah kena sebegini dengan ejen takaful, tolong buat laporan kepada pihak berwajib. Tak perlu pakai peguam. Laporkan kepada Ombudsman Perkhidmatan Kewangan atau OFS (Ombudsman for Financial Services) dan Bank Negara Malaysia. Insya Allah boleh dapat balik duit 100%.

Ejen sebeginilah yang merosakkan nama baik industri takaful. Lebih malang lagi sekiranya ia dilakukan oleh ejen beragama Islam.

Apabila ia berlaku, makin ramai orang fobia dengan takaful. Sebab itu kadar penembusan industri takaful naik terlalu sedikit waluapun sudah berusia 40 tahun!

Komen penuh saya di situ:

“Saya simpati dengan apa yang berlaku.

Saya banyak kali dedahkan dan bantu kes misleading sebegini.

Ada kes yg saya bantu pelanggan hingga dapat balik duit mereka 100%

Saya bagi advise percuma sahaja, tak perlu pakai peguam.

Hanya perlu laporkan kepada Ombudsman dan BNM

Insya Allah akan dapat balik duit 100%.

Kemudian biasanya ejen akan pujuk untuk tarik balik kes. Jika berlaku, saya nasihatkan JANGAN TARIK BALIK.

Jika tidak, ejen sebegini akan berleluasa.

Inilah masalahnya apabila ejen promote takaful sebagai produk pelaburan.

Dan selalunya ejen jenis macam ni memang diajar oleh ejensi untuk kejar kes-kes besar supaya dapat komisen banyak dan dapat title MDRT

Saya pernah dedahkan kes macam ni dan kemudian diugut saman. Alhamdulillah, setakat ni tak kena saman lagi. Hanya ugutan kosong dan kalau dibawa ke mahkamah lagi banyak terdedah.

Sebenarnya ejen begini tak la ramai, hanya segelintir tapi mereka aktif. Tapi kewujudan mereka merosakkan nama baik industri takaful.

Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Ayuh kita sama-sama basmi misleading dan misselling dalam industri takaful. Ejen jenis macam inilah yang memburukkan industri takaful.

Saya berada dalam industri takaful sudah 20 tahun dan dalam hal ini, saya di pihak pengguna.”

Bacalah mana-mana buku kewangan dan pelaburan daripada guru-guru kewangan seluruh dunia, bukan sahaja di Malaysia, takkan jumpa mereka mengrekomendasi takaful sebagai produk pelaburan.

Siapa yang rekomen takaful sebagai tempat pelaburan? Ejen takaful.

Kalau memang duit terlampau banyak dan dah tak tahu nak letak mana, bolehlah letak duit tu dekat produk seumpama itu. Tapi ia takkan sama dengan mana-mana produk yang pure pelaburan.

Untuk mengelakkan perkara sebegini, kena tambah ilmu kewangan.

Boleh baca buku Bijak Merancang Wang #BukuBMW. Ini adalah cetakan terbaru. Sejak 2021, sudah 5 kali dicetak!

Ada beberapa tambah baik berbanding versi lama, antaranya

1. Content yang lebih segar dan terkini

2. Ada 10 video daripada Akademi Bijak Merancang Wang, full HD.

3. E-workbook Buku Manual Wang

Item kedua dan ketiga diberikan dalam buku ini melalui QR Code.

Ada 7 topik utama modul kewangan komprehensif

1. Aliran Tunai

2. Hutang dan aset

3. Simpanan

4. Perlindungan

5. Pelaburan

6. Penyucian harta: zakat, cukai

7. Pewarisan: Faraid, wasiat

Klik Bukubmw.com/

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Ketika harga emas turun, ejen akan kata waktu inilah sesuai…