Antara Kesedihan Dan Kegembiraan Seorang Ejen Takaful
Dipetik dari FB Asmaa Ahmad Razali
ANTARA KESEDIHAN DAN KEGEMBIRAAN SEORANG EJEN TAKAFUL
Sejak tamat sekolah menengah, niat awal aku bercerita dan berkongsi dengan kawan-kawan, saudara mara, dan masyarakat tentang kepentingan takaful adalah untuk memberi ‘value’ kepada kehidupan orang lain. Simple je fikiran masa tu, bila bercerita dengan orang pasal takaful, konsepnya adalah ‘sediakan payung sebelum hujan’ ☔ . No fancy term. Sembang simple je. Tapi tak dapat disangkal, ramai yang fikir ambil takaful ni membazir. Itulah antara cabaran untuk memahamkan orang. Takpe, jalan terus.
Kawan-kawan zaman aku belajar kat Taylors college, masa buat pre-medicine, tak kurang juga kawan-kawan di Tasmania, mereka sebahagiannya ada ambil takaful sebab ‘kempen’ aku ni. Alhamdulillah. Bangga sungguh aku dengan member-member ni sebab walaupun mereka student, mereka ambil takaful dengan duit mereka sendiri.
Dan sehingga harini, aku masih berkongsi dan bercerita dengan orang tentang kepentingan takaful. Mama pesan, just share it and expect nothing in return. Keep giving value to others. Dan sampai harini aku pegang pesan mama aku. Pejam celik, dah 14tahun aku sembang pasal takaful ni dengan orang. Tua dah aku ni rupanya 😅.
Dan harini first time aku nak share antara pengalaman sedih seorang ejen takaful.
Sedih tu biasalah, sebahagian daripada rona-rona kehidupan seorang ejen takaful.
Antara kesedihan yang biasa adalah sedih kene reject. Lol. Tapi jadi doctor pon dah biasa kene reject dengan patient 😂😂😂. (Tibeh nak selit jugak) .
Tapi ada satu kesedihan yang mampu buat aku menangis, iaitu bila klien takaful aku meninggal dunia. Dunia berhenti, jantung kau akan stop sekejap. Saat tu, aku tahu, tanggungjawab besar aku untuk bantu urusan claim bagi pihak waris bermula.
Arwah klien aku yg meninggal baru-baru ini adalah seorang wanita muda. Anak-anak masih kecil, masih menyusu badan pula. Arwah meninggal begitu mengejut. Usia polisi arwah pun baru setahun 2 bulan. Alhamdulillah, arwah sempat ambil polisi bernilai RM 500 000. Cabarannya adalah pada melengkapkan dokumen, tetapi alhamdulilah Allah Ya Bari’, sentiasa memudahkan urusan aku, Allah sent me many good people along the way to assist and guide me, and the waris to complete necessary documents.
Dan tahukan my pure happiness and joy sebagai seorang ejen takaful? Sudah pastilah apabila claim kematian arwah approved masyaallah 😭😭😭. I cried again. Para penerima hibah masing-masing (6 nama penerima hibah) selamat menerima wang pampasan mengikut peratusan yang dihajatkan oleh arwah. It was a closure to me.
Alhamdulillah3x. Terasa selesai sempurna tanggungjawabku kepada arwah klien ku.
Inilah hibah takaful, sahabat sekalian. Dan inilah warna warni kesedihan dan kegembiraan seorang ejen takaful seperti aku.
This experience is so valuable for me. When the family keep thanking me, i only ask them to make duá for me so that I can keep spreading Takaful awareness to more and more family. Insyaallah.
Jika berminat untuk tahu lebih lanjut tentang Hibah Takaful atau income protection, roger je asma’ k. I may not be a super agent, but insyaallah i am commited to give my best to serve you. Nak sembang je pon boleh takde masalah. Tengok balik polisi2 lama yang dah lama tak review, cukup ke dak coverage kan.
Jazakillahukhair katheera to my leaders Tuan Afyan Mat Rawi, IFP & kak Wanie Liman for ur guidance throughout the claim process.
I have to thank my parents for ‘pushing’ me into this Industry eventhough i mengelat banyak kali 😂. Ahmad Razali Surib & Sharipah Sayuti
#DrAsmaaTakaful
#Infaqconsultancy
#TakafulIkhlasFamilyBerhad
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran