6 Bulan Bayar Installment, Tak Kurang Walaupun RM1 – part 2

Semalam saya kongsikan satu kes pinjaman perumahan (bank konvensional), pelanggan membuat bayaran ansuran konsisten selama 6 bulan tapi baki hutang tidak terusik.

Rujuk posting semalam disini.

Antara soalan dan komen yang saya terima dari posting itu ialah;

“Kalau saya bayar lebih ansuran, ia akan bayar prinsipal / pokok kan? Boleh pendekkan tempoh pembiayaan?”

Sebenarnya ia bergantung kepada bank.

Lain bank, lain cara.

Elok rujuk surat tawaran pembiayaan atau dipanggil sebagai offer letter.

 

Ramai orang kita tak tengok semua-semua ni. Main sign sahaja. Termasuklah saya dahulu. Huhu…

Ini contoh kandungan dari offer letter. Rujuk gambar dibawah.

Dalam ini dinyatakan, kalau nak bayar baki pokok perlu bayar RM1,000 atau 3 bulan, mana yang lebih tinggi.

Bermakna, jika ansuran RM989 dan kita genapkan bayaran jadi RM1,000 dengan harapan lebihan RM11 itu masuk bayaran pokok, ia tidak semestinya jadi begitu.

Perlu dapatkan maklumat daripada bank.

Dalam kes ini, jika kita bayar RM3,000 dengan harapan ia akan jadi bayaran pokok pun, belum tentu.

Ia perlu dimaklumkan kepada bank dan ada borang tertentu yang perlu diisi.

Bagi bani ini, perlu isi “borang penebusan”, jika hendak membuat bayaran prinsipal. Rujuk gambar dibawah.

Selepas membuat bayaran, isikan bornang dan hantar balik kepada bank, barulah ia dikira sebagai bayaran kepada prinsipal dan sekaligus pelanggan mempunyai pilihan;

1. Pendekkan tempoh pembiayaan dengan ansuran yang sama.

2. Kurangkan bayaran ansuran dengan tempoh pembiayaan yang sama.

Kes ini, pembiayaan patuh syariah dari sebuah bank tempatan.

Jika rakan-rakan banker, REN, peguam yang mempunyai maklumat tambahan, boleh kongsi-kongsikan.

Afyan Mat Rawi

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com