fbpx

Loan Rumah | Skim Rumah Pertama (SRP)

  • 5 years ago
  • 3Minutes
  • 423Words
  • 510Views

Dipetik dari FB Ahmad Mustapha

LOAN RUMAH | SKIM RUMAH PERTAMA (SRP)

Skim Rumah Pertamaku (SRP) – Skim Rumah Pertamaku adalah inisiatif pemilikan rumah yang pertama kali diumumkan dalam Belanjawan 2011 oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu pembeli-pembeli rumah pertama yang berpendapatan kasar bulanan isi rumah sehingga RM10,000 (tertakluk kepada RM5,000 setiap pemohon) untuk memiliki rumah pertama mereka.

Skim ini membolehkan pembeli rumah pertama untuk mendapat pembiayaan sehingga 110% daripada bank-bank yang terlibat dan membolehkan pemilikan rumah tanpa perlu membayar wang pendahuluan. Ini sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia. Cagamas SRP Berhad (“CSRP”) akan menjamin sehingga 20% pertama atas dasar ‘kerugian pertama’.

CIRI- CIRI DAN FAEDAH UTAMA
Pembelian rumah pertama (bergantung kepada kemampuan)

  • Pembiayaan sehingga 110%
  • Harta kediaman untuk dihuni sendiri (sama ada yang dalam pembinaan atau sudah siap) daripada pasaran utama atau sekunder


KRITERIA KELAYAKAN
Pemohon Yang Layak

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Pembeli rumah pertama
  • Pekerja bergaji atau individu yang bekerja sendiri
  • Pemohon individu atau bersama
  • Pendapatan kasar bulanan isi rumah:
    • Tidak lebih daripada RM5,000 – bagi pemohon individu/bersama
    • Lebih daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM10,000 – bagi pemohon bersama (tertakluk kepada pendapatan kasar bulanan isi rumah setiap pemohon tidak lebih daripada RM5,000)
  • Tiada rekod pembiayaan yang terjejas dalam tempoh 12 bulan lepasHARTA YANG LAYAK:-
  • Harta kediaman di pasaran utama dan sekunder yang terletak dalam Malaysia
  • Nilai maksimum hartanah RM500,000
    Dihuni oleh pemilik (pembeli mestilah menghuni kediaman berkenaan)

 

KEPERLUAN PEMBIAYAAN:-

  • Tempoh pembiayaan tidak lebih daripada 35 tahun, tertakluk kepada umur pemohon tidak melebihi 70 tahun diakhir tempoh pembiayaan
  • Pembiayaan yang memberi kemudahan untuk melunaskan sahaja (tiada ciri yang memberi kemudahan untuk membuat pengeluaran)
  • Bayaran ansuran melalui potongan gaji bulanan atau arahan tetap
    Insurans/takaful kebakaran diwajibkan
  • Untuk pembelian hartanah yang bernilai sehingga RM300,000 dan untuk pemohon dengan pendapatan kasar bulanan isi rumah tidak lebih daripada RM5,000:
    • Wajib menamatkan modul pendidikan kewangan dalam talian yang disediakan oleh AKPK dan boleh diakses dalam portal AKPK RumahKu di https://learn.akpk.org.my/
    • Tempoh moratorium selama 5 tahun


.
BANK-BANK TERLIBAT

  • Affin Bank
  • Alliance Bank
  • Alliance Islamic Bank
  • AmBank
  • Bank Islam
  • Bank Muamalat
  • Cimb Bank
  • CIMB Islamic Bank
  • Hong Leong Bank
  • Hong Leong Islamic Bank
  • Maybank
  • Maybank Islamic
  • MBSB Bank
  • OCBC Bank
  • OCBC Al-Amin
  • Public Bank
  • Public Islamic Bank
  • RHB
  • Standard Chartered
  • Standard Chartered Saadiq
  • UOB
    .
    Link senarai bank yang terlibat yang boleh dihubungi untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Skim Rumah Pertama
    http://www.srp.com.my/bm/contact.html

Untuk mengetahui dan mendapatkan lebih maklumat boleh pergi ke channel telegram saya di https://t.me/AhmadMustapha01

Ahmad Mustapha
Infaq Consultancy

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Tip Terakhir paling penting. 1. Sebelum grad terus cari kerja,…