fbpx

Mana lebih baik: Baca buku atau hadiri seminar?

  • 12 months ago
  • 2Minutes
  • 240Words
  • 334Views

“Tuan, antara baca buku dengan menghadiri seminar, mana satu yang lebih baik?”

Ini salah satu soalan yang saya terima malam tadi dalam sesi mingguan INFAQ Gold Group.

Memang menarik soalan peserta ini sebab saya yakin ramai juga yang tertanya-tanya soalan yang sama seperti ini.

Jadi, apa jawapan yang saya berikan?

Saya terus buka buku terbaru saya iaitu Buku Financial Independence Retire Early (FIRE) dan tunjukkan muka surat 35 kepada para peserta sambil saya bacakan ayat tersebut yang berbunyi,

“Membaca buku merupakan cara paling pantas dan menjimatkan untuk belajar sesuatu perkara berbanding cara-cara lain”

Mengapa saya katakan membaca buku menjadi satu cara paling jimat dan pantas?

Mudahnya begini.

Katakah kita ada persoalan berkaitan dengan penulisan. Salah satu cara untuk menyelesaikan masalah yang kita hadapi adalah dengan mencari sumber-sumber yang sahih dan boleh dipercayai.

Salah satu sumber yang dipercayai ialah buku kerana sesebuah buku ilmiah itu memerlukan penguasaan ilmu yang tinggi supaya buku itu kekal relevan.

Dan yang paling menyeronokkan, dengan memiliki buku kita boleh membaca berulang-kali sesebuah buku tersebut.

Sama seperti saya, ada ketika saya kehilangan idea untuk menulis dan buku-buku yang saya beli dan simpan inilah akan menjadi sumber rujukan pertama kerana ia sangat mudah untuk diakses.

Jujur saya katakan, menghadiri seminar juga sangat berkesan namun ada beberapa cabaran seperti masa yang tidak sesuai dengan kita, kos yang lebih tinggi dan wujudnya halangan seperti gangguan internet dan sebagainya.

Apa kata kawan-kawan. Membaca buku atau menghadiri seminar yang lebih menjadi pilihan anda?

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Sebenarnya motivasi tidak penting sangat berbanding habit atau tabiat. Motivasi…