fbpx

Pembentukan tabiat / habit lebih penting daripada motivasi

  • 1 year ago
  • 2Minutes
  • 291Words
  • 393Views

Sebenarnya motivasi tidak penting sangat berbanding habit atau tabiat.

Motivasi diperlukan untuk mendorong sesuatu tindakan.

Tapi habit atau tabiat pula yang menjadikan sesuatu tindakan itu berterusan.

Habit tidak berlaku secara tiba-tiba, tidak kira habit yang baik atau buruk. Ia tidak memerlukan sangat pun motivasi.

Habit yang baik bakal memberi impak positif kepada pelakunya, dan begitulah sebaliknya.

Sebagai contoh, seorang anak yang diajar untuk bersolat, tentu pada awalnya ibu bapanya perlu mengingatkan setiap kali masuk waktu.

Pada awalnya anak itu tadi perlu sentiasa diingatkan tentang solat. Pagi-pagi perlu dikejutkan untuk solat subuh dan seterusnya sehingga malam perlu diingatkan untuk solat isyak sebelum tidur.

Tindakan-tindakan yang berterusan oleh ibu bapa ke atas anak tadi adalah proses latihan yang akhir sekali menjadi tabiat anak tadi sehingga dia menginjak remaja dan dewasa.

Setiap kali masuk waktu, dia akan solat tanpa perlu disuruh-suruh. Ia tidak memerlukan motivasi sangat pun untuk membentuk habit.

Itu contoh bagaimana sesuatu habit buruk terbentuk.

Perkara sama juga berlaku dalam pembentukan apa sahaja habit, tidak kira habit yang baik, buruk atau neutral.

Sebagai contoh, tabiat merokok bukan berlaku secara tiba-tiba. Tidak ada perokok yang terus merokok satu dua kotak sehari.

Ia bermula dengan cuba-cuba merokok dan lada percubaan pertama tentunya ia tidak selesa. Tapi apabila tindakan itu diulang dan diulang setiap hari, akhirnya ia menjadi kebiasaan / tabiat / habit.

Asalnya hanya sekali sedutan. Kemudian sebatang. Kemudian beberapa batang. Kemudian sekotak dan begitulah seterusnya.

Itu ialah proses “latihan” seseorang menjadi seorang perokok tegar. Ia tidak memerlukan motivasi pun.

Inilah yang saya pelajari daripada buku Atomic Habit, karangan James Clear.

Untuk membuat sesuatu perubahan motivasi untuk berubah itu penting.

Namun yang lebih penting ialah tindakan yang berterusan untuk membentuk tabiat.

Nak berubah? Bina habit, jangan hanya bergantung kepada motivasi.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended