fbpx

Marilah Kita Celik Kewangan

  • 6 years ago
  • 2Minutes
  • 402Words
  • 368Views

Anda mengalami masalah kewangan..? Sila ikuti kisah ini

Perkongsian dari FB Tn Hannan Shawalludin ini menceritakan kisah beliau bertemu seorang pelanggan yang mempunyai masalah kewangan.

“Duit lebihan tuan setiap bulan berapa ya?” Tanya saya pada seorang pelanggan dalam sesi penerangan Takaful.

“Selalunya cukup-cukup.”

“Tak da lebih?”

“Jarang ada, tuan” balas pelanggan saya.

Saya terdiam. Lidah kelu. Setiap kali saya jumpa pelanggan seperti ini, timbul rasa bersalah untuk saya bersikap jujur dan berterus terang.

“Sejujurnya tuan, saya tak nasihatkan tuan ambil Takaful dalam keadaan kewangan tuan seperti ini,” ucap saya.

“Saya faham, tuan. Tapi tulah. Saya pun tak tahu duit saya pergi mana,”

“Boleh saya tahu komitmen tuan? Gaji suami isteri?”

Beliau menceritakan semuanya. Gaji, belanja rumah, belanja makan, bayar kereta, sehinggalah ke belanja anak.

“Sebenarnya, saya ada hutang kad kredit tuan. RM 10,000!” Ucap pelanggan.

Saya terdiam. Terasa bagai terpikul hutang kad kredit tu atas bahu saya.

“Dah refinance. Bulan-bulan saya bayar dekat bank RM 500 juga.” Sambung pelanggan.

 

Tidak tahu solusi.

Saya menulis satu persatu komitmen bulanan beliau di atas sekeping kertas A4. Beliau memandang saya dengan serius. Riak wajahnya seperti buntu tak tahu solusi.

“Kalau ikut kat sini, lepas saya tolak semua komitmen yang pasti setiap bulan, tuan ada hampir RM 1,600 untuk makan, barang rumah dan petrol. Kalau isteri pergi kerja naik kereta pun hanya 5 minit dari rumah dan tuan pulak gi kerja naik motor. Sepatunya untuk petrol tak banyak juga.”

Sepatutnya ada lebihan untuk simpanan paling tidak RM 300 – RM 400 sebulan.” Terang saya.

“Tu lah. Saya rasa sebab selalunya kebanyakkan masa kami makan luar. Balik kampung pula sebulan sekali ke Kedah.” Jelas pelanggan.

“Tuan. Ini sahaja yang dapat saya bantu. Keadaan tuan sekarang ialah lebih kepada membaiki aliran tunai. Kalau dibiarkan macam ni nanti boleh melarat dan parah. Simpanan pun tuan mengaku tak da.” Ulas saya.

Rancangan bola sepak di TV kedai mamak tidak lagi menarik di mata. Kedai seolah sunyi sepi kerana seriusnya pelanggan mendengar penjelasan saya.

“Saya tak sarankan tuan amik Takaful. Kalau tuan amik pun, saya berani jamin 1-2 bulan je tuan akan bayar.”

“Betul tuan. Nanti nak raya lagi, nak pakai duit lagi,” kata pelanggan dengan nada memahami penjelasan saya.

Semoga Allah mudahkan urusan kita semua.

Semoga makin ramai yang celik kewangan sebelum terperangkap dalam Neraka Kewangan.

Hannan Shawalludin
Perunding,
INFAQ Consultancy

Plan your wealth, change your life.

#sembangkewangan #urusduit #millionairemind #muhasabahdiri#takafulikhlas #takaful #rancangkewangan #celikkewangan #infaq#infaqconsultancy #afyanmatrawi #afyan

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
AES DAN MAQASID SYARIAH Maqasid Syariah antara topik yang menarik…