fbpx

Market jatuh, apa nak buat?

  • 2 years ago
  • 4Minutes
  • 701Words
  • 246Views

Ringgit jatuh.

Kripto jatuh.

Saham jatuh.

Saham global juga jatuh.

Emas jatuh.

Unit trust jatuh.

Bitcoin jatuh.

Private Mandate pun jatuh.

Apa lagi yang jatuh?

Jika sekarang anda menyesal apabila pasaran mengalami kejatuhan sehingga menyebabkan anda rugi, kemungkinan besar anda sebenarnya belum bersedia melabur.

“Menyesal aku beli Kripto hari tu”

“Kalau aku tahu macam ni, baik stay je dalam Tabung Haji”.

“Sepatutnya aku tak keluarkan duit ASB”

“Kalau tak keluar KWSP, merasa juga dividen”

“Aduhai, kenapa la aku beli emas masa harga RM320/g hari tu?”

“Menyesal aku ikut cakap ejen yang promote hari tu”

Jika terkeluar kata-kata di atas, besar kemungkinan anda melabur dalam keadaan anda tak bersedia menghadapi kerugian sebegini rupa.

Sebab, dalam mana-mana pelaburan, rugi itu sudah barang pasti. Untung belum tentu.

Throw back balik masa mula-mula melabur dulu, ada diberitahu tak tentang risiko dan kebarangkalian pelaburan anda mengalami kerugian? Jika ya, sepatutnya anda tidak perlu terkejut sangat.

Jika anda langsung tak diberitahu dan tak diceritakan tentang risiko rugi ini oleh pihak yang mempromosi pelaburan ini kepada anda, bermakna anda berurusan dengan pihak yang salah. Lebih teruk lagi, jika anda kena scam!

Tapi, bak kata pepatah “barang yang lepas usah dikenang”. Carilah barang baru.

Apa nak buat sekarang? Ada beberapa pilihan:

  1. Hold. Biar sahaja, dengan harapan ia akan naik kembali. HODL! HODL! HODL!
  2. Keluarkan, jangan dibiarkan terus rugi. Cut loss!
  3. Tambah lagi pelaburan, inilah masanya untuk beli dengan harga RENDAH. Beli, beli, beli!

Mana pilihan terbaik? Wallahua’lam.

Ia boleh jadi salah satu daripada 3 pilihan di atas. Ia boleh jadi juga kombinasi mana-mana 2 tindakan, dan mungkin juga ketiga-tiga sekali yang sekaligus menyeimbangkan portfolio.

Mulakan dengan pelaburan ilmu. Apa sahaja tindakan yang ingin diambil, pastikan bermula dengan ilmu. Mana-mana tindakan sekalipun, akan 2 sahaja kebarangkalian berlaku

1. Pasaran kembali pulih dan makin naik.

Jika kita hold ketika harga jatuh baru-baru ini, maka kita di kalangan orang yang beruntung. Apatah lagi kalau masa jatuh baru ini, kita sempat tambah pelaburan dengan harga yang lebih rendah, lagi untung besar.

2. Pasaran semakin jatuh.

Maknanya, jika kita jual sebelum ia makin jatuh, kita selamat.

Pepatah pelaburan ada menyebut, “Jangan sambut pisau yang sedang jatuh”.

Sebab itu kena ada ilmu. Orang yang sudah lama melabur, pasti akan nampak trend dan kitaran setiap pelaburan. Meraka akan ada pelbagai portfolio pelaburan berdasarkan risiko-risiko yang sanggup mereka terima.

Pelabur yang bijak juga akan pastikan mempunyai simpanan kecemasan dan perlindungan takaful yang mencukupi sebelum mereka mula melabur secara agresif.

Mana-mana pelaburan pastikan akan ada yang untung dan ada yang rugi. Selalunya golongan yang buat untung besar adalah golongan minoriti. Majoriti hanyalah balik modal atau rugi dan rugi besar.

Justeru, berhati-hatilah.

Jika takut dengan risiko, usah bicara soal pelaburan.

Pepatah pelaburan mengatakan bahawa “jangan letak semua telur dalam satu bakul”, sebab kalau bakul itu jatuh, maka telur akan pecah semuanya. Jadi, letaklah telur dalam pelbagai bakul.

Tapi sekarang semua bakul dah jatuh 😂

Selamatkan telur-telur yang ada. Sepatutnya portfolio pelaburan kita tidak usik wang simpanan kecemasan dan wang yang nak guna hari-hari untuk belanja isi rumah.

Barulah tak menggelabah apabila market sedang jatuh sekarang.

Jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.

Sesuatu yang jatuh, selalunya akan naik kembali. Kecuali hujan.

Happy investing!

Afyan Mat Rawi, IFP

P/S: Baca sampai habis ke? Saya tulis panjang-panjang ni untuk promote produk E-learning Seminar Bijak Merancang #eSeminarBMW jeeee 😁

Sesuai untuk mulakan pelaburan ilmu dengan kos yang sangat minimum. Kumpul sehari RM1 selama kurang sehari cukup sebulan, dah boleh dapat semua ni.

Bukan pasaran komoditi-komoditi di atas sahaja yang turun dan jatuh, harga produk ini juga turut jatuh.

Produk yang sama, biasanya berharga RM59 ke RM99, tapi untuk promosi ini hanya RM29 sahaja.

Apa yang anda dapat dengan yuran kepandaian RM29?

E-learning Seminar Bijak Merancang Wang

  • 1. Pakej video 17 siri Bijak Merancang Wang dengan durasi 2 jam setengah.
  • 2. Ebook BMW edisi KEMASKINI. 180+ muka surat.
  • 3. Ebook PKP Poket Kian Pokai? Poket Kena Penuh! 150+ muka surat.
  • 4. Sertai group khas pembeli #eSeminarBMW
  • 5. Live video Seminar Bijak Merancang Wang #SeminarBMW dengan durasi 3 jam
  • 6. E-workbook Bijak Merancang Wang #BMW2s
  • 7. Peluang menjadi ejen affiliate #eSeminarBMW
  • Ok tak kalau semua ini dgn harga RM29?

Produk yang sama, biasanya berharga RM59 ke RM99, tapi untuk promosi ini hanya RM29 sahaja.

Lite.seminarbmw.com
Lite.seminarbmw.com
Lite.seminarbmw.com

Su,ber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Sesuai ke beli rumah sekarang ketika OPR naik? Mazhab kewangan…