Masalah Kewangan Punca Penceraian?
Dipetik dari FB Ridhuan Malik
Banyak couple yang hangat bercinta berjanji sehidup semati bahkan berjanji untuk mencintai bakal suami atau isteri mereka lillahita’ala.
Hubungan yang suci apabila dua insan mencintai kerana Allah.
Bila sudah berumahtangga, mulalah ujian-ujian yang tidak disangka-sangka.
Antara yang begitu membebankan ialah hal ehwal pengurusan kewangan.
Jika dulu semasa bercinta selalu meratibkan yang duit dan wang tidak penting yang penting saling sayang dan kasih mengasihi.
Bila sudah berkahwin dan mempunyai anak.
Barulah tersedar lampin anak yang dibeli di Tesco menggunakan duit dan wang bukan ukuran cinta kasih sayang suami isteri.
Bukan nak kata cinta itu tidak penting, tetapi membuang isu wang dalam rumahtangga ibarat hidup tidak berpijak realiti.
Maka mulalah rumahtangga yang dulu hangat dengan rasa cinta bertukar kepada rasa marah dan kecewa kerana kesempitan duit.
Bukankah lebih baik ia dirancang bersama?
Bukankah dulu sudah berjanji untuk susah senang bersama?
Apa kata buktikan kata-kata itu dengan perbuatan yang membumi dan berpijak kepada realiti.
Dari bermusuh dengan wang dan harta, apa kata sama-sama belajar untuk urus ia dengan baik.
Rumahtangga pun akan bahagia. Perasaan cinta pun lebih kuat dari masa couple dulu.
Akhirnya cinta kerana Allah itu terjemah dengan tindakan dan perilaku yang betul.
Ayuh rancanglah kewangan keluarga dengan pasangan masing-masing, jika tidak biasa. Biasa-biasakanlah.
Akhir sekali ingatlah bait rangkap lagu Malique dalam Mantera Beradu..
“Gagal merancang, merancang kegagalan..”
Siapa berminat untuk tahu lebih lanjut boleh klik pada komen pertama.
Ridhuan Malik
Ejen Nubis
INFAQ Consultancy
“Plan Your Wealth, Change Your Life.”
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran