Mediasi gagal. Atomy, see you in court!
Kebetulan pula, keluar dalam memories FB hari ini.
3 tahun lalu pada tarikh yang sama, saya sedang giat mempromosi bisnes ini.
Dan hari pada tarikh yang sama keputusan daripada mediasi saman Atomy Malaysia terhadap saya dan Cikgu Mohd Fadli Salleh, gagal.
Dalam posting yang saya screenshot ini, saya kongsikan income selama 3 bulan berturut-turut dan selepas itu saya tak berani lagi kongsikan sebab ia sangat lumayan.
Tuan-Puan boleh tengok sendiri jumlahnya, selepas itu saya hanya kongsikan dalam group tertutup sahaja dan risau ia mendatangkan penyakit ain kepada mata-mata yang memandang.
Hari ini bermula episod baru apabila 3 kali sesi mediasi gagal membawa kata sepakat, maka episod seterusnya akan bersambung di mahkamah yang akan bermula pada bulan Disember nanti.
Mohon doa semua rakan-rakan dan umat Islam supaya Allah berikan kemenangan kepada kami.
Atomy Malaysia, See you in court!
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran