fbpx

Melayu dan Islam Tak Perlulah Risau

  • 6 years ago
  • 3Minutes
  • 427Words
  • 397Views

Di Palestin, kaum Yahudi asalnya ialah pendatang di negara Palestin selepas dihalau (ada yang katakan ia konspirasi) dari bumi Eropah.

Kemudian umat Islam Palestin berikan mereka perlindungan dan penempatan.

Sedikit demi sedikit kaum Yahudi mengambil hak milik orang Islam Palestin sehingga berani mengisytiharkan negara Israel.

Bukan setakat itu, malah orang Israel membina pengkalan tentera mereka di Tel-Aviv untuk berperang melawan dan menghalau umat Islam Palestin.

Ada masjid-masjid yang sudah ditukar menjadi pusat ibadat orang Yahudi.

Malah Masjidil-Aqsa yang menjadi simbol keagungan orang Islam dan kiblat pertama dikawal pintu masuknya oleh orang askar Israel.

Malaysia?

Tak perlu paranoid tak tentu pasal.

Di Malaysia, kita tak perlu risau sebab tiada orang Israel Yahudi yang menumpang di tanah air kita.

PM kita, TPM kita dan majoriti menteri pun masih lagi orang Melayu Muslim. Pandailah mereka jaga negara ini dan menjaga kepentingan Muslim.

Perlembagaan pun masih menjaga hak-hak Melayu dan Islam.

Tak perlu risau sangat hak orang Islam digugat. Masjid-masjid masih lagi tidak dirobohkan.

Tak perlu bising-bising sangat tentang hak ketuanan orang Melayu. Orang Melayu masih lagi boleh hidup, tak kena halau pun.

Tak perlu bising pasal ICERD, bangsa lain tak pijak lagi pun kepala kita.

Tak perlu bising pasal Bible diedarkan, orang Islam masih lagi boleh baca Quran.

Azan pun masih dibenarkan. Jadi tak perlu kecoh-kecoh sangat.

Duduk diam-diam sudah.

Nanti kalau negara kita dah kena rampas deng orang Cina macam di Singapura, barulah kita sama-sama bangkit.

Nanti kalau Al-Quran digantikan dengan Bible, barulah kita melawan.

Nanti kalau masjid dijadikan gereja, masa itulah kita kena bersatu.

Nanti masa ICERD dah dilaksanakan, barulah kita bantah ICERD.

Nanti masa orang Cina jadi PM atau TPM, barulah kita kena bangkang kat Parlimen.

Nanti masa orang Melayu kena bunuh, kena serang barulah kita kumpulkan sellllluuuruuuh orang Melayu Islam untuk lawan balik.

Tunggu nanti azan ditukar bahasa Melayu, barulah kita seru umat Islam bersatu.

Buat apa himpunan besar-besaran? Bukan boleh menang pilihanraya pun. Yang untung orang yang buat bisnes printing baju masa himpunan dan peniaga makanan masa himpunan.

Sekarang? Watlek wakpis dah la.

Dah, cukuplah baca tulisan ini. Boleh sambung balik bergaduh pasal politik.

Status ini pun tak payah nak komen, like atau share. Tunggu jadi insiden-insiden di atas barulah baca balik dan sebarkan untuk bagi kesedaran.

Afyan Mat Rawi
Pernah menziarahi Palestin dan selfie dari jauh dengan askar Israel.

Jemput follow untuk baca lagi tip-tip kewangan dan kehidupan.

Catatan lain berkaitan ziarah Palestin di #Travelog3Kembara

Nota: Saya ke Palestin tahun lalu secara percuma. Rahsianya? Baca dihttps://www.facebook.com/photo.php?fbid=10211346217681893&set=a.10211344563440538&type=3

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Family is a must. Kalau kat kampung boleh main pasir,…