Mengulas Tentang Isu FB Yang Diutarakan Ustaz Lariba
Saya terpanggil untuk memberi sedikit komentar tentang isu yang diutarakan oleh Page Ustaz Lariba.
dengan penuh rasa rendah diri dan tanpa hilang rasa hormat kepada beliau, saya memohon maaf untuk memberi pandangan yang berbeza dengan apa yang ditulis.
Sebenarnya agak lama juga saya ingin memberi pandangan ini, tapi hari ini saya berikan pandangan apabila saya turut gunakan grafik yang sama sebagaimana yang beliau gunakan tapi dengan konotasi berbeza.
Rujuk tulisan saya semalam tentang isu penyucian dan pembersihan harta dividen ASB yang menggunakan grafik yang sama.
Fatwa negeri-negeri mengharuskan ASB melalui pelbagai proses muzakarah dan perbincangan.
Para mufti negeri-negeri mengambil keputusan dan mengeluarkan kenyataan dengan penuh taqwa berpandukan ilmu dan maklumat mereka tentang ASB.
Mereka mendapat maklumat dari pihak PNB sendiri sebelum mengeluarkan fatwa dan ijtihad mereka kepada publik.
Dan mereka tidak ada sebarang kepentingan pun untuk berpakat ramai-ramai untuk mengeluarkan fatwa yang batil, dan mengambil semua sudut sebelum mengeluarkan fatwa dan ijtihad.
Jika ijtihad mereka betul, 2 pahala.
Jika ijtihad mereka salah, 1 pahala.
Jadi saya kira agak-agak kurang manis Ustaz utk memberi sindiran;
“Rasanya macam nak main2 dengan Allah je”.
Kenyataan yang agak kurang cermat untuk mengatakan bahawa mereka para mufti ini mempermainkan hukum Allah hanya kerana berbeza pandangan dengan keputusan-keputusan majlis fatwa di Malaysia.
Ustaz beberapa kali berkongsi tentang hukum troll di FB tapi dalam masa sama Ustaz lakukan juga.
Suka saya cadangkan Ustaz mengadakan pertemuan sendiri dengan penasihat syariah ASB, Ust Dr Basri untuk dapatkan maklumat sebelum mengeluarkan kenyataan.
Saya tidak ulas isu ini dari sudut hukum, kerana bukan kepakaran saya. Bab hukum, saya serahkan kepada para alim ulama. Saya ada IFP jeeee, bak kata Suzardi Maulan
Wassalam.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
INFAQ Consultancy
Duit dalam ASB tak sampai RM10
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran