fbpx

Menjawab tohmahan “bank Islam riba dan mahal”

  • 1 year ago
  • 3Minutes
  • 413Words
  • 364Views

Antara tohmahan yang biasa diberikan kepada perbankan ISLAM adalah mahal.

Apabila mahal sahaja, ada pula yang kata riba. Walhal mahal murah tak ada kaitan pun dengan penuh hukum riba.

Riba atau tidak ditentukan oleh bagaimana transaksi dilakukan. Apabila pertukaran item ribawi tidak sama berat / timbangan / nilai – ia adalah riba walaupun harga sama.

Tukar 1 kg kurma gred A dengan 2 kg kurma gred B adalah riba sekalipun sama harga dan saling redha meredhai.

Sama juga dengan pinjam RM100 dan kena bayar balik RM100.01 sen adalah riba sebab tidak sama nilai.

Untuk elak riba kena ubah cara transaksi. Nabi ajar, jual kurma gred A dan kemudian beli kurma gred B, tak jadi riba walaupun hasil akhirnya tetap sama.

Beli barang harga RM100 dan jual balik harga RM1,000 takkan jadi riba selagi mana ia saling redha meredhai.

Islam jaga hak pembeli dan penjual. Penjual boleh jual berapa harga dia mahu, tapi tak boleh paksa pembeli beli ikut harga penjual nak. Pembeli juga boleh beli dengan mana-mana peniaga yang dia mahu, tapi tak boleh paksa penjual jual ikut harga pembeli nak.

Jual beli secara paksa adalah haram waluapun tak ada riba.

Adakah perbankan Islam jalankan jual beli?
Ya

Adakah ia riba?
Tidak

Adakah perbankan Islam memaksa?
Tidak.

Adakah ia menekan?
Ia jadi menekan sekiranya pelanggan tadi tak fikir panjang sebelum sign kontrak. Tak ukur baju di badan sendiri. Lagi teruk, ada yang sanggup tipu dokumentasi demi untuk dilihat layak oleh bank masa apply financing.

Kalau nak reject, mereka akan kata bank kejam sebab tolak mereka jadi pelanggan.

Lepas bank terima pula, apabila mereka tak mampu bayar, mereka kata bank kejam sebab jual mahal.

Meraka akan kata bank kejam sebab ugut nak sita.

Mereka akan kata bank kejam sebab menyusahkan hidup mereka kejar hutang.

Lepas tu mereka mula kata perbankan Islam riba, perbankan Islam haram, perbankan Islam menindas dan seumpamanya.

Masa sign kontrak tak pula riba, haram.

Masalah besar ialah pada mindset sesetengah orang kita. Sudahlah ilmu muamalat untuk faham maksud riba pun kurang. Lepas tu lemah pula dalam ilmu kewangan.

Dalam masa sama, ada je orang yang berjaya jadi kaya raya disebabkan fasiliti hutang yang dibuat oleh bank. Mereka beli rumah secara berhutang dan kemudian rumah tersebut dijadikan punca pendapatan melalui rumah sewa, homestay dan seumpamanya.

Yang kena ubah bukanlah bank, tapi mindset dan cara fikir.

Apabila cara fikir berubah, makan tindakan dan hasil pun akan berubah. Inilah antara konten dalam buku terbaru saya bertajuk Financial Independence Retire Early: FIRE.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended