fbpx

Rupanya pernah ada sesi dialog isu halal haram Islamic Banking oleh Sheikh Imran, akhirnya dia bersetuju bahawa tiada riba perbankan Islam.

  • 11 months ago
  • 3Minutes
  • 488Words
  • 302Views

Rupa-rupanya dah pernah ada sesi diskusi bertajuk PERBANKAN ISLAM HARAM, RIBA DAN TIDAK PATUH SYARIAH dengan menampilkan tokoh-tokoh yang selalu dibawa oleh bangsa anti bank Islam di Malaysia.

Dan kesimpulannya, perbanyak ISLAM di Malaysia tiada riba. Alhamdulillah. Namun sayangnya tiada sebarang rakaman dibuat.

Jadi tak hairanlah selama ini pihak-pihak yang selalu hentam mengatakan perbankan Islam itu haram, riba dan tak patuh syariah – tapi apabila diajak berdiskusi, tak ada seorang pun menyahut.

Tok-tok guru mereka pun gagal buktikan bahawa perbankan Islam riba dan haram, apatah lagi anak murid mereka.

Terima kasih Tuan Fadlan Yahaya atas info ini. Saya tulis balik apa yang beliau komen:

Saya pernah attend diskusi antara pihak perbankan Islam dan pihak NGO yang pada zaman itu dipelopori oleh kumpulan pro Dinar dan Emas.

Antara yang kuat menghentam perbankan Islam masa itu adalah Dr Umar Vadillio dan Imran Hussein yang dijadikan sebagai sandaran kumpulan anti perbankan Islam.

Kami ingat mereka nak keluarkan isu fiat money dan isu fractional reserve sistem. Tapi tak ada la pulak.

Yang keluar isu pelanggan kena tipu sebab projek siap 10% tapi Bank Islam (secara spesifik dijadikan target) melepaskan bayaran lebih daripada 10% kemajuan projek.

Akhirnya, bila ditanya adakah isu yang ditimbulkan ini berlaku hanya di perbankan Islam atau ianya juga berlaku di perbankan konvensional… pihak sana mengesahkan isu-isu yang dibangkitkan bukanlah unik untuk perbankan Islam sahaja tetapi konvensional bank juga menghadapi masalah yang sama… ianya isu kesilapan manusia dan lebih kepada operasi.

Malah ada yang bangkitkan isu Bay Inah (dibawa oleh mantan CEO perbankan Islam) yang rata-rata masa itu perbankan Islam sudah mendapat arahan daripada BNM untuk fase out produk-produk berasaskan Inah. Isu yang dibangkitkan pula adalah isu lama seperti 20 tahun yang lalu (dari tahun diskusi itu berlangsung pada akhir tahun 20-an) masa mula-mula perbankan Islam mula bertapak di bumi Malaysia. Dan baru bertatih. Tentu ada kekurangan.

Namun selepas itu banyak penambahbaikan di dalam sektor ini. Dan mereka bersetuju. Malah ada antara sebelah sana yang salah seorang daripada panel pernah menjadi AJK Syariah di sebuah perbankan Islam. Dan dia turut mengesahkan.

Jadi diskusi ditutup dengan baik dan semua pihak akhirnya bersetuju perbankan Islam di Malaysia bukan riba atau hanya faedah tukar untung atau pintu belakang kepada riba dan tuduhan-tuduhan sinis yang lain.

Diskusi ini berlaku di Hotel D Palma Ampang pada hari Sabtu di bawah seliaan AIBIM sebagai pihak tengah.

Sekarang nampaknya ada pihak cuba menghidupkan semula api kebencian terhadap perbankan Islam di Malaysia.

Awas bagi mereka yang menghidupkan fitnah yang sedang tidur, yang dilarang oleh Nabi SAW.

Kerana kita tidak tahu apa implikasinya yang bakal ia bawa jika ia dibangkitkan daripada tidurnya yang lena dan enak.

Sesiapa nak belajar pasal isu RIBA, saya galakkan Tuan-Puan baca buku ini,

PANDUAN BEBAS RIBA

Gaya bahasa yang mudah difahami.

Boleh apakah itu riba. Apa beza perbankan Islam vs konvensional. Boleh tahu di mana riba dlm perbankan konvensional dsb

Klik link di bawah
Panduan bebas riba
Panduan bebas riba
Panduan bebas riba

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Kalau kita mampu membeli rumah yang berharga RM1,000,000 melalaui fasiliti…