fbpx

Mentaliti ‘Rugi Langgan Takaful’ dan implikasinya kepada industri Takaful di Malaysia

  • 5 days ago
  • 5Minutes
  • 924Words
  • 15Views

Terbaca posting ini di sebuah page viral.

Inilah mentaliti orang kita, orang Melayu apabila melanggan takaful, terutama medical card.

Orang kita, apabila langgan medical card – kalau tak berlaku claim dalam tempoh tertentu, mereka akan rasa rugi langgan takaful kemudian mereka terfikir untuk batalkan polisi.

Hanya orang yang dah pernah claim akan merasai betapa “murah” caruman takaful yang dibayar.

Bukan salah pengguna semata dalam hal ini. Dalam hal ini, para ejen sepatutnya memberi advise apa yang sepatutnya bukan melayan mentaliti tersebut. Yang jadi masalah besar ialah apabila segelintir ejen sendiri pun bermentaliti sedemikian.

Apabila mentaliti ini terjadi, ramai yang akan batalkan polisi selepas beberapa tahun melanggan atas alasan “rugi bayar tapi tak dapat apa”.

Apabila ia berlaku, tabung tabarru takaful akan semakin kecil dan apabila berlaku renewal, ia terpaksa dinaikkan untuk menampung kos claim.

Orang belajar ilmu aktuari akan faham situasi ini.

Berbanding medical card konvensional yang majoritinya bukan daripada orang Melayu.

Mereka melanggan medical card dengan kesedaran bahawa ia adalah untuk perlindungan kewangan apabila dimasukkan hospital.

Sepanjang pengalaman saya menjadi ejen takaful selama 20 tahun, saya tak jumpa lagi produk medical card yang tidak langsung naik harga.

Kalau ada, ia sangat menakjubkan. Ia sebenarnya tak mustahil, tapi agak sukar.

Ia boleh berlaku sekiranya kadar bayaran sumbangan takaful medical card 90% setiap tahun.

Jika dibandingkan dengan medical card konvensional, kenaikan medical card tidaklah terlalu mendadak berbanding medical card takaful.

Sebab apa? Mentaliti orang Melayu Muslim yang melanggan medical card.

Ia bukan berlaku secara tiba-tiba. Ia ada kisah dan kronologi tersendiri sehingga berlaku apa yang terjadi hari ini.

Saya ringkaskan begini;

1. Ia bermula dengan “mind-setting” dan mentaliti orang melayu terhadap takaful; “Rugi ambil takaful kalau tak berlaku apa-apa”.

2. Sebab itu kadar penembusan takaful tak sampai 20% walaupun sehingga kini ada kira-kira 10 kompeni takaful dan takaful sudah bertapak kira-kira 40 tahun.

3. Apabila medical card takaful mula muncul dan popular dalam pasaran tahun 2009, ejen gunakan produk “medical card” utk menarik pelanggan.

4. Ketika itu juga berlaku banyak kes “sailang” pelanggan yang sedia ada melanggan polsii takaful life tanpa medical card dgn ayat marketing:

“Rugi langgan takaful kelauarga tak ada medical card, sebab mati baru dpt claim. Kalau ambil medical card, boleh claim jika masuk hospital. Tak perlu tunggu mati, lumpuh, sakit kritikal”

5. Dari situ, selepas pelanggan yg rata-rata Melayu melanggan polisi medical card, akan digalakkan oleh ejen untuk claim. Sakit sikit, minta masuk hospital walaupun tak masuk wad pun tak mengapa.

6. Selalunya produk medical card yg diambil akan attach sekali dengan rider elaun hospital. Jadi, apabila masuk hospital akan ada 2 jenis claim yakni claim medical card dan claim elaun hospital.

7. Pelanggan seronok dengan claim elaun hospital sebab duit dapat pada mereka. Malah ada ejen yang ajar supaya langgan 2 polisi supaya elaun hospital akan lebih banyak dapat. Jika satu polisi hanya cover maksima RM500 sehari, jadi dengan langgan 2 polisi dapat RM1,000 elaun hospital sehari.

8. Daripada situ juga menyumbang kes-kes tuntutan yang palsu (fraud claim). Ada kes yang berlaku, ejen berpakat dengan pelanggan dan doktor utk memalsukan kemasukan hospital demi untuk mendapatkan claim.

9. Ada satu kes fraud claim yg “kantoi” apabila pihak syarikat melalui bahagian claim mereka perasan ada klien berkenaan akan masuk hospital setiap kali cuti sekolah. Hendak dijadikan cerita, pada satu kali pihak claim menerima report klien tersebut masuk hospital, terus mereka buat “spot-check” ke hospital berkenaan dan mendapati klien tiada di hospital!!!!

10. Bagi kes tersebut, claim yg dilakukan bukan oleh seorang tapi satu keluarga! Mereka sebenarnya pergi bercuti setiap kali cuti sekolah dan kemudian palsukan laporan kemasukan ke hospital. Jadi mereka bercuti menggunakan duit claim palsu menggnakan takaful. Kreatif kan?

11. Orang kita memang kreatif bab ini. Ia berpunca dari mentaliti “Rugi langgan takaful kalau tak berlaku apa-apa”. Kreativiti ini melibatkan ejen dan pelanggan serta doktor yang tidak bertanggungjawab. Win-win-win situation kononnya. Pelanggan win, dapat claim. Ejen win dapat sales dan testimoni. Malah doktor juga win sebab dapat income dan bisnes apabila pelanggan masuk hospital. Tapi ada pihak yang loss, iaitu TAKAFUL.

12. TAKAFUL jadi rugi kerana apabila claim tinggi, maka tabungan tabarruk menjadi semakin sikit. Apabila terjadi sebegitu, antara tindakan yang diambil oleh syarikat takaful antaranya:

– Memansuhkan elaun hospital.
– Meninggikan caruman bagi pelanggan baru dan lama
– Mengetatkan proses claim.

14. Setahu saya, hanya tinggal 2 atau 3 sahaja syarikat yang menawarkan produk elaun hospital. Malah pernah juga berlaku ada syarikat takaful yang langsung tak tawarkan produk medical card.

15. Ada satu kes yang terkini berlaku, claim elaun hospital seorang pelanggan mencecah 100,000 dalam masa beberapa tahun! Kemudian syarikat takaful berkenaan mengetatkan syarat permohonan manfaat elaun hospital untuk mengawal tabungan claim

16. Apabila ia berlaku, ia satu kerugian yang berlaku terhadap INDUSTRI TAKAFUL. Ya, keseluruhan industri takaful menerima impak buruk atas apa yang berlaku. Kos takaful meningkat yang terpaksa ditanggung oleh pelanggan-pelanggan keseluruhannhya termasuk yang tidak bersalah memalsukan tuntutan.

17. Jangan salahkan pengguna semata dalam hal ini. Dalam hal ini, para ejen sepatutnya memberi advise apa yang sepatutnya bukan melayan mentaliti tersebut. Yang jadi masalah besar ialah apabila segelintir ejen sendiri pun bermentaliti sedemikian.

18. Sekarang muncul beberapa alternatif medical card yang menggunakan konsep “crowd sharing” (bukan crowd funding) utk berkongsi bil rawatan hospital sesama ahli. Ia masih baru di Malaysia dan masih ada banyak loopholes. Konsepnya mirip takaful, tapi bukan takaful.

19. Akhir sekali sebagai kesimpulan, tahap kesedaran takaful di Malaysia masih rendah dan perlu sokongan daripada ejen dan pelanggan Melayu Muslim terutamanya untuk meningkatkan kadar penembusan tersebut. Apabila kadar penembusan meningkat maka wang tabarruk yang terkumpul akan menjadi lebih besar dan boleh memberikan harga yang lebih kompetetif.

Mesti akan ada yang bagi cadangan macam-macam selepas membaca tulisan ini. Jadi saya berikan respon awal terhadap mereka yang cadang:

“Buatlah syarikat takaful sendiri kalau pandai”.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Saya peminat Robert Kiyosaki tapi bukan semua benda yang di…