fbpx

MESRA….

Lupakan sebentar soal minyak naik…

Lupakan sebentar soal harga barang naik…

Lupakan sebentar soal kos sara hidup meningkat…

Kita berMESRA……

Perjalanan kira-kira 200 kilometer daripada pusat bandaraya menjuju ke Port Dickson cukup terasa ‘mahalnya’ apabila terpaksa mengisi hampir RM 100.00 ke dalam tangki minyak kereta dengan C.C 1.6. (Oh, maaf saya teringat juga tentang harga minyak yang mahal walau pun cuba melupaknnya sebentar).

Nasib baiklah, sebahagiannya disposnsor oleh orang minyak, dengan diskaun 5% atas kapasitinya bekerja sebagai jurutera SHELL 🙂

Peta Ke Casa Rachado: Sebenarnya tidak membantu pun untuk ke sana 🙁

Perjalanan kira-kira 1 jam 30 minit menjadi semakin mahal apabila berlaku “kesesasatan” di dalam perjalanan, walaupun mengekori kereta yang dipandu oleh pengarah program.

Alhamdulillah, tiba juga di Casa Rachado MAA Malaysia Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Maka bermulalah MESRA 2008!

Casa Rachado menjadi saksi MESRA 2008

Nota: MESRA merupakan nick name bagi “Mahabbah Gathering and AGM iPRISMA”, yang diadakan setahun sekali oleh iPRISMA (Ikatan Persahabatan Siswazah Profesional Malaysia).

Petang itu, MESRA 2008 dimulakan dengan acara suaikenal sesama ahli. Kehadiran seramai kira-kira 90 orang ternyata memberi kepuasan kepada pihak penganjur.

Di tepian pantai PD yang keruh menjadi saksi

Malamnya pula, MESRA diisi dengan acara utama iaitu Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-4 iPRISMA. Ternyata pengerusi mesyuarat, Sdr Razak berjaya menguasai keadaan sehingga mesyuarat selama 2 jam 30 minit tidak terasa lamanya.

Barisan Exco iPRISMA Sesi 2007/2008 yang menantikan saat-saat perletakan jawatan

Sesiapa yang ingin menggunakan inginkan beliau sebagai suami pengerusi majlis, boleh layari blog beliau: www.abdulrazak.com

Keesokannya acara yang dinanti-nantikan oleh para peserta MESRA pun tiba: Acara Sukaneka. Biarlah foto-foto di bawah menceritakannya….

Sebanyak 12 pasangan berentap untuk 5 acara yang disediakan oleh pihak penganjur

Acara pertama: membawa getah dengan straw

Eh, ini acara tarian ke acara apa?

Acara kedua: suami mengupas bawang, dan

…. isteri membawa telur menggunakan sudu

Melangkah gagah ke garisan penamat tanpa pencabar!

Bantahan, peserta ini dibantu oleh 2 orang pembantu. Patutlah boleh menang….

Geng-geng bujang turut tidak dilupakan…

… acara futsal untuk mereka

Acara seterusnya; meraut daun kelapa

Mujurlah ada yang sukarela untuk membuka nurseri untuk anak-anak MESRA 🙂

Si gadis diapit oleh dua jejaka yang sedang kontrol macho

Frust menonggeng apabila cintanya tidak berbalas

Acara kanak-kanak: mencari belon dalam pasir

Para bapa turut memberi sokongan moral kepada anak-anak

Lagi acara anak-anak: ibu meniup belon dan ikat pada kaki anak, kemudian anak lari kepada bapa

Yang bujang-bujang tadi, memulakan acara pembakaran ayam yang semakin naik harganya (Ops, sori. Saya dah bertekad untuk melupakannya tadi)

Acara tambahan: bola tampar.

Mujurlah ada fotografer sukarela. Save bajet penganjur

Pasangan paling romantis (dengan nada tak puas hati)

Merenung masa depan Malaysia yang tewas di dalam kes Batu Putih

(ataupun frust sekali lagi apabila gagal merebut hati sang gadis)

Selamat Tinggal! Sayonara! Adios! Maas-salamah!

Lagi liputan MESRA 2008:

  1. Jalinan Ukhuwwah Dan Khabar Dari Kuala Lumpur

  2. Ibnu Abdullah’s Public Gallery

  3. Bertemu Untuk Bekerja

WP2FB Auto Publish Powered By : XYZScripts.com