‘Mindset’ Umpama Akar Sebatang Pokok

Apabila berlaku masalah kewangan, selalunya orang akan lakukan 2 perkara;

1. Cari kewangan / pendapatan tambahan. Contoh; berhutang, buat kerja part time, buat bisnes part time, cari kerja lain yang dpt gaji lebih tinggi dsb

2. Kurangkan perbelanjaan.
Contoh; potong Astro, berhenti takaful, jual kereta, jual rumah dsb

Tapi apa yang berlaku ialah, masalah kewangan tidak selesai.

Dari gaji RM1,500 naik ke RM2,000 – masalah kewangan tak selesai

Naik ke RM3,000 – pun tak selesai.

Pendapatan naik ke RM5,000 pun masalah sama berlaku.

Sebenarnya ada satu perkara lagi yang lebih penting yang ramai terlepas pandang – UBAH MINDSET.

Mindset umpama akar pada sebatang pokok.

Untuk mendapatkan buah yang ranum, fokus utama bukan kepada buah tapi kepada akar.

Begitu juga untuk mendapatkan kewangan yang kukuh dan stabil, fokus utama ialah mindset bukan kepada material kewangan itu.

Ini antara kandungan modul yang dikongsi dalam #SeminarBMW

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com