fbpx

Miskin harta bukanlah masalah besar, tetapi miskin jiwa adalah sebuah isu penting

  • 5Minutes
  • 865Words
  • 496Views

BIAR MISKIN HARTA, JANGAN MISKIN JIWA (update)

Saya geleng kepala membaca posting Pak Menteri YB Fahmi Fadzil ini.

Kes penghuni Apartmen Putra Ria yang liat dan culas membayar bil air dan maintenance sehingga cecah ratusan ribu dan jutaan ringgit total tunggakan terkumpul. Walhal komitmen bulanan hanya sekitar RM50 sahaja setiap bulan.

Cabut pintu PPR bukan zalim

Mana lebih zalim?

Tak bayar sewa RM15,000 atau cabut pintu rumah penyewa yang culas membayar?

Saya geleng kepala membaca berita penyewa PPR tertunggak RM15,000 ini.

Komitmen bulanan hanya RM150, tapi dibiarkan bertahun-tahun sehingga berhutang RM15,000 dan semua hutang terkumpul kepada Majlis Bandaraya Seremban dari 2 Projek PPR (Projek Perumahan Rakyat) adalah RM3.3 juta.

Sebulan hanyalah RM150 dan tertunggak RM15,000 maknanya ada penghuni yanh duduk hampir satu dekad tanpa sebarang bayaran!

Bukan sekali dua kes sebegini berlaku.

Masalahnya bukan pada harta, tetapi pada jiwa dan mindset.

Ia mengingatkan saya beberapa kisah.

Kisah pertama daripada seorang rakan yang terlibat dalam sebuah NGO besar dan terkenal yang turun memberi bantuan sebuah perkampungan baru warga miskin.

Kisah kedua, daripada seorang pegawai zakat yang yang memberi bantuan kepada asnaf

Kisah ketiga daripada seorang pegawai MARA yang bertanggungjawab menjaga peniaga-peniaga bumiputera yang diberikan bantuan modal bisnes.

KISAH PERTAMA

Dalam kisah pertama, 24 keluarga dikumpulkan dalam sebuah perkampungan baru. Setiap keluarga diberikan sebuah banglo kecil 3 bilik yang dibina daripada batu bata dan ditaja oleh sebuah syarikat konglomorat.

Selain daripada rumah, macam-macam bantuan diberikan kepada mereka untuk memulakan hidup baru.

Selepas setahun, taman baru yang tadi asalnya cantik menjadi huru hara.

Apabila ditanya kepada penduduk kampung, antara respon mereka

  • “Banyak lembu, tolong bina pagar”
  • “Sampah sarap tiada siapa nak kutip”
  • “Ada pokok besar yang perlu ditebang”
  • “Parit tersumbat, nyamuk banyak. Nak buat macamana?”
  • “Projek ikan sangkar tak menjadi. Boleh tak bagi sangkar baru”
  • “Bagi bantuan duit boleh tak?”

Macam-macam alasan dan justifikasi diberikan. Pagar pun nak minta diminta. Sampah pun nak minta dikutip. Pokok minta ditebang. Sampai ke longkang pun tak reti nak cuci sendiri?

KISAH KEDUA

Kisah kedua tentang cerita-cerita asnaf zakat yang sia-siakan bantuan

Seorang pegawai zakat menceritakan bagaimana bantuan disalah guna:

  • – Bantuan bot dan enjin nelayan > RM20,000. Dijual RM8,000 dalam sebulan.
  • – Modal projek ikan, anak ikan hilang “masuk dalam tanah”.
  • – Rumah percuma 3 bilik disewakan, mereka duduk rumah nak roboh.

    Lebih mengecewakan:
  • Kumpulkan 4-5 asnaf untuk projek pertanian berkelompok. Kebun disediakan, latihan diberi, benih sayuran, baja, sprinkler air lengkap. Tinggal kerja je, tapi sayur semua mati.
  • Sedangkan kat kebun sayur orang cina sebelah guna air parit je, tapi subur-subur sayur mereka.
  • Pergi melawat rumah asnaf pukul 8 pagi. Satu keluarga suami+isteri, anak dewasa lelaki 3 orang semua belum bangun tidur. Semua sihat dan tak kerja.
  • Buatkan reban ayam, bagi anak ayam, janji beli ayam bila dah besar. Katanya ayam hilang. Anaknya cakap ayah sembelih makan.
  • Dicarikan kerja restoran, katanya penat. Kerja kilang, kena buang sebab ponteng. Kerja ikut kontraktor, curi barang. Tapi asyik minta zakat (muda + sihat).
  • Bagi bantuan tunai untuk anak sekolah kat program agihan. Otw balik terserempak 2-3 orang asnaf beli nombor ekor.
  • Buatkan sebuah rumah 3 bilik percuma. Dia sewakan dan duduk rumah nak roboh, atap bocor dsb. Katanya jauh dari tempat kerja (tak sampai 5km).
  • Dicarikan kerja, dia bagi alasan takde kenderaan. Bagi pinjam basikal, katanya penat mengayuh. Tak sampai 3km tempat kerja.
  • Masa buat siasatan, rumah macam tempat pembuangan sampah. Bau busuk. Buang sampah luar tingkap, sampah banyak kat halaman rumah. Lalang, rumput tinggi tingkap.
  • Apa nak buat dengan orang begini?

KISAH KETIGA

Kisah ketiga daripada seorang pegawai MARA yang bertanggungjawab menjaga peniaga-peniaga bumiputera yang diberikan bantuan modal bisnes.

  • Ada peniaga yang tak bayar hutang MARA sehingga meninggal dunia. Apabila waris datang, mereka terkejut arwah ayah berhutang beratus-ratus ribu dengan MARA tak bayar.
  • Ada peniaga yang dapat bantuan memulakan modal, tapi tak lama kemudian keluar kereta baru. Bisnes suam-suam kuku.
  • Apa peniaga yang diberi bantuan modal dan sewa murah. Hutang tak bayar, sewa tak bayar.
  • Ada peniaga yang santau pegawai MARA yang membuat kutipan hutang. Sudahlah tak bayar hutang, santau pula orang yang kutip hutang.
  • Total hutang yang tertunggak adalah billion-billion! Khabarnya cecah 50 billion!!!

KEMBALI KE KISAH DALAM POSTING MENTERI DAN PPR

Jadi, apabila membaca tulisan menteri kes hutang bil air di Apartmen Putra Ria cecah ratusan ribu, dan separuh penghuni tunggakan maintenance cecah 2 juta macam ni, tak la terkejut sangat.

Walhal kalau bayar bulanan, sekitar 50 je sebulan.

Begitu juga dengan penyewa PPR RM150 sebulan bukanlah beban. Jika dikira setahun hanya RM1,800. Tapi, jika tiada mindset tanggungjawab untuk membayar, ia membiak menjadi hutang besar.

Jika betul terbeban, pasti ada cara nak selesaikan.

Mereka sebenarnya bukan miskin harta, tapi miskin jiwa.

Sebenarnya mereka tidak ada masalah kewangan, tetapi mereka ada masalah mindset.

Dari mindset lahirnya sikap. Maka hasilnya mereka hidup susah. Ada orang yang selesa hidup meminta-minta, berpakaian selekeh, tak malu berhutang.

Perkara ini dapat diatasi dengan ILMU dan MINDSET KEWANGAN yang betul

Saya pernah tulis dalam buku Bijak Merancang Wang #BukuBMW dan banyak kali dikongsi dalam siri-siri Seminar Bijak Merancang Wang #SeminarBMW bahawasanya untuk mengubah kehidupan dan kewangan kita, perkara pertama kena ubah adalah MINDSET.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11)

For things to change, I must change first!

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Kepada Cikgu June yang juga admin page Bebas Hutang 1.…