fbpx

Moratorium Ramai Yang Kurang Jelas

  • 3 years ago
  • 2Minutes
  • 253Words
  • 378Views

Ramai yang masih kurang jelas tentang perkara ini.

Walaupun moratorium diberikan, ia bukan percuma.

Dalam masa sama, setiap produk bank berbeza-beza pendekatan.

Bagi pembiayaan perumahan / home financing atau home loan, keuntungan bank atau interest dikira berdasarkan baki terakhir.

Apabila moratorium, di hujung tempoh pembiayaan akan ditambah 6 bulan yang ditangguhkan tadi.

Ia bukan pelepasan pembayaran atau pengecualian bayaran, tapi PENANGGUHAN. Apabila disebut penangguhan, bermakna pelanggan masih lagi perlu membuat bayaran cuma ditangguhkan selepas tempoh moratorium.

Sepanjang tempoh tersebut, kiraan keuntungan atau interest, masih diteruskan.

Cuma jika islamic banking, keuntungan tersebut tidak dikompaun. Manakala bagi konvensional, interest itu akan dikompaun. Interest atas interest. Ada juga perbankan konvensional yang mengambil pendekatan tiada kompoun ke atas interest.

Contoh:

Tempoh asal : 30 tahun
Tempoh baru : 30 tahun + 6 bulan

Keuntungan atau interest bank bertambah dgn bertambahnya 6 bulan tersebut.

Cuma bagi perbankan Islam, pertambahan tersebut tiada kompoun sebagaimana perbankan konvensional.

Dalam kes dalam status Twitter dalam gambar, jika berullah bank kenakan caj RM26 sehari, cuba cek sebelum moratorium, berapa kena caj?

Praktis di atas terpakai bagi hutang rumah dengan bank.

Manakala bagi hutang kereta atau disebut sebagai hire purchase, agak berbeza. Keuntungan bank sudah “fix” dari awal dan anya berlaku pertambahan tempoh sahaja apabila moratorium.

Bacaan tambahan:  Hikmah Moratorium: Beza Perbankan Islam dan Perbankan Konvensional

Klik link di atas, saya sertakan beberapa notis daripada bank termasuk daripada BNM.

Apapun sebaiknya rujuk kepada bank masing-masing untuk mengenalpasti apa yang berlaku kepada pembiayaan dan pinjaman masing-masing.

UPDATE: Sambungan posting ini di sini

Iklan : Join Channel Telegram t.me/AfyanIFP

 

Sumber dari Fb Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Ini SOP perunding INFAQ kepada pelanggan. 1. Pertama, perunding kami…