fbpx

Weekly Training, Muamalat Islam di INFAQ

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 368Words
  • 300Views

Dipetik dari FB Aleya Amirul

Topik berkenaan dengan Muamalat Islam bersama Ustaz Ahmad Ubaidillah Abdullah

Kerana team ini saya terus bersemangat hari ni, alhamdulillah semua Allah yang beri. Bila kita sentiasa memberi pasti kita akan menerima sesuatu yang lebih baik.
Aktiviti pagi dimulakan dengan dhuha meeting , perkongsian sesama rakan seperjuangan dan pembahagian gerak kerja bersama kumpulan. Bila ada pembahagian tugasan dalam kumpulan kita akan rasa bekerja bersama-sama dalam teamwork dan memupuk semangat bekerjasama💪. Kerja akan jadi lebih seronok seperti sebuah keluarga.
Malamnya dihidangkan dengan sesi sharing oleh Ustaz Ahmad Ubaidillah Abdullah tentang muamalat Islam. Banyak kupasan dari ustaz, antara yang memberi inspirasi kepada saya tentang bagaimana kita mahu membawa kehidupan di dunia ini untuk bekalan diakhirat nanti. ‘Pesan ustaz’ setiap pagi bekerja hingga ke petang niatkan untuk menjadi kaya dengan membayar zakat, bersedekah, berwakaf & berkongsi ilmu supaya amalan ini sentiasa mengalir pahalanya walaupun sudah meninggal dunia.
Selain itu dalam muamalat islam kita perlu bersikap amanah, jujur, siddiq&fatonah dan menjauhi amalan Riba.
Daripada Abu Said al-Khudri RA, Rasullullah SAW bersabda: التاجر الا مين الصدوق مع النبيين والصديقين والشهداء والصالحين
Maksudnya: “peniaga yang beramanah, jujur lagi benar bersama para Nabi, siddiqin (orang-orang yang benar), mereka yang mati syahid dan orang-orang yang soleh.”

Iktibar dari hadis tersebut antaranya:

1. Hadis ini menggambarkan betapa mulianya kedudukan peniaga yang amanah lagi jujur dan benar dalam urusannya sehingga ditempatkan bersama golongan pilihan Tuhan dari kalangan para nabi, siddiqin, syuhada dan orang soleh.
2. Amanah ini hendaklah dipikul oleh orang yang iltizam hubungannya dengan Allah melalui sembahyang yang didirikan. Konsep Amanah menjadi tonggak penting dalam segala aspek.
Ada juga pujanggga berkata, jadikan Nabi Muhammad SAW sebagai teladan, kerana baginda adalah pemimpin yang membawa kebahagiaan, yang menunjukkan kepada kejayaan dan yang membawa kepada keberuntungan dan kejayaan.
Jadi percayalah pada diri sendiri dan janganlah bergantung kepada orang lain. Anggaplah bahawa mereka menjadi tanggungan anda dan bukan anda yang menjadi tanggungan mereka dan bahawa Allah SWT yang bersama diri anda.
Tahniah juga buat sahabat seperjuangan INFAQ yang menjadi top ten iaitu tuan Elias/kak ct siti Khadijah Ibrahim, tuan Syafiq Ashraff Malik
dan tuan Aswad Sabri menjadi inspirasi buat semua rakan seperjuangan team infaq😍👍
Semoga menjadi inspirasi juga buat rakan-rakan fb semua😄👍
Aleya Amirul
INFAQ Consultancy

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dipetik dari FB Razzaaq Ajaq Kenapa 3000? Sebab ni gaji…