Nama saya Afyan
Nama saya Afyan. Orang Arab sebut “Ismi Afyan”. Orang Inggeris kata, “My name is Afyan”. Bahasa jawa, “Jenengge Afyan”. Orang Hindustan sebut “Merenam Afyan”. Betul, nama saya Afyan.
Sehingga usia saya sekarang, yakni 27 tahun, belum pernah saya mendengar orang lain yang mempunyai nama yang sama dengan saya. Tak percaya, cuba taip â”Afyan” di dalam mana-mana search engine, tentunya tidak sukar untuk menemui blog ini. Nama-nama yang hampir sama memang ada, seperti Suffian, atau Supian. Namun nama Afyan, tidak pernah saya dengar. Kalau anda taip nama Amin, mungkin sukar untuk menemui www.aminidris.com . Begitu juga jika mencari www.fadzliyusof.com hanya dengan menaip Fadzli, tentu agak sukar untuk menemui blog berkenaan. (Tapi kalau taip pakdi, mudah berjumpa dengan www.pakdi.net 🙂 )
Mungkin disebabkan nama saya yang agak unik ini, nama saya mudah diingati oleh rakan-rakan saya dan guru-rugu saya semenjak daripada alam persekolahan lagi. Selain daripada itu juga, nama saya mudah diingati kerana ia selalunya akan terletak di bahagian paling atas dalam senarai nama, disebabkan ia bermula dengan huruf A dan kemudian F. Semenjak daripada pra-sekolah, kemudian sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti, nama saya tidak pernah melebihi daripada kedudukan ke-tiga di dalam senarai nama pelajar. Angka giliran saya untuk peperiksaan-periksaan utama sepanjang persekolahan seperti UPSR dan PMR tidak pernah melebihi angka giliran 0003. Nama-nama lain yang pernah mendahului saya hanyalah nama yang bermula dengan “Abdul” sahaja.
Selamat berkenalan dengan “Afyan”.
P/S: Kalau anda pernah mendengar sesiapa yang bernama “Afyan”, sila beritahu saya!
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran
ni lagi mudah ingat, 3 huruf je… AF1, pastu AF2, pastu AF3, pastu AF4, pastu AF5…
hehe
Afyan: AF+yan
Hoho. baru tadi ada yg terperangkap masuk kat website saya sebab dia taip kat google, ‘azree mh’. Ada juga yang nak kenal siapa la azree mh ni.
Padahal budak kecik je. Hehe.
Afyan: dasat tu. Saya pun takde arg terperangkap sebab taip ‘afyan’.
A’kum
waa.. dah ada blog sendiri. First time masuk blog ni.. bangga-bangga… Saya ada juga try search nama seumpama saya.. ‘Amzari’. Ada lebih 2-3 org yg nama sama kehadirannya dalam net. Tetapi semenjak buat website baru-baru ni, ALhamdulillah, kalau try search ‘Amzari’ kat google, keluar la ranking No 2. No 1 still saya nyer fotopage yang dah tak terbela…
Btw, tahniah dan teruskan usaha. Kalau lalu belah2 PJ, singgah lah.
Afyan: terima kasih, terima kasih…. terharu rasanya….
Aku ada sorang kawan yang nama dia Afyan.. Nakal budak tuh.. suka gelak.. tak hensem.. boroi.. selalu gelabah.. erkk apa lagi ek pasal kawan aku tuu..
jadi ada 2 orang la Afyan kat dunia nih.. untuk pengetahuan Afyan, Afyan kawan aku tu budak Kg Pak Wong, Besut.. aku harap bukan orang yang sama dengan Afyan ini laa.. Sebab aku rasa Afyan yang ni Hensem, Kacak, Sasa, Baik hati, Lurus, Penyayang, Cerdik dll lagi..
amdang: Afyan oh Afyan…
Afyan: Cheh…
Selain nama afyan gombak, ada jgk nama afyan ali, afyan musa, afyan amin, afyan abdullah, afyan mohamad, afyan sidek..sape kata dlm malaysia ni ada satu je afyan?
Tapi afyan gombak ok ape.
Afyan: Okla..okla...
assalamuaaikum….En. Afyan tulisan anda terlalu kecil dan kurang jelas sehingga lagi merabunkan mata saya…..kalau boleh nak berhenti baca je….tapi disebabkan isi2 dlm blog nie best2 membuatkan saya begitu teruja utk membacanya ……..diharapkan tulisan anda dapat dibesarkan dan dipekatkan,,,,harap maklum….sekian terima kasih wassalam….
Afyan: Terima kasih kerana sudi menjengah blog yang kesunyian ini. Masalah ini dapat diatasi dengan klik pada vies>textr size> dan pilih saiz yang dikehendaki (jika gunakan internet explorer atau mozilla).
Nice Site! Thanks!