Naratif palsu demi mempertahankan Atomy?
Saya tidak hairan apabila melihat ahli-ahli Group DTA Atomy berada dalam sindrom penafian sehingga terpaksa membawa naratif palsu kepada masyarakat.
Memang daripada dulu mereka diajar begitu, ini contohnya.

Selepas fatwa MKI berkenaan larangan umat Islam untuk melibatkan diri dengan Atomy, salah seorang leader Group DTA Atomy ini membuat kenyataan di FB ini.
Katanya beliau sudah menghubung Menteri Agama ketika itu, YB Ustaz Idris Ahmad.
Katanya Atomy mendapat pengiktirafan syariah daripada JAKIM dan SIRIM, dan fatwa muzakarah itu terbatal.
Nampak benar menipu secara terang-terangan.
Memang saya sendiri pun hubungi YB Ustaz Idris dan beliau nafikan.
Posting ini kemudiannya diturunkan apabila penipuannya terbongkar.
Ini bukan pertama kali dan sekarang mereka akan menipu lagi.
Kita tunggu penipuan-penipuannya lain seterusnya.
Siapa kenal Ustazah Wardah ni?
Kirim salam dengan ucapan, sudah-sudahlah menipu.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
