Nisab Zakat Emas
Adakah Tuan-Puan menyimpan emas?
Emas yg Tuan-Puan simpan diwajibkan untuk zakat apabila cukup haul dan nisab.
Haul zakat emas adalah 12 bulan hijrah, sama dengan zakat-zakat lain.
Manakala nisab zakat emas pula adalah seperti berikut;
– Nisab zakat barang kemas ialah 800 gm,
– Manakala nisab gold bar pula ialah 85 gm.
Maknanya, jika memiliki gold bar melebihi 85 gm sudah wajib membayar zakat emas tapi jika barang kemas hanya wajib jika melebihi 800 gm.
Hampir 10 kali beza!
Dan bayaran zakat tersebut boleh rebet cukai.
Rebet cukai berbeza dengan pengecualian cukai. Ia boleh ditolak daripada total amaun cukai yang sepatutnya kita bayar.
Nota: Nisab zakat berbeza mengikut negeri. Boleh rujuk pusat zakat negeri masing-masing untuk pengesahan.

Gambar: Uruf ZAKAT Emas Perhiasan terkini di Johor ialah 425 gram berbanding 850 gram sebelum ini – Majlis Agama Islam Johor
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran