fbpx

OKU Pun Mampu Berjaya, Apa Alasan Kita?

OKU PUN MAMPU BERJAYA. APA ALASAN KITA?

OKU = Orang Kuat Usaha!

KIRA-KIRA 30 tahun dahulu, Ikhsan Sirat, 57, adalah peniaga burger RM1 di pasar malam, namun kini dia yang juga orang kurang upaya (OKU) kerdil mampu tersenyum bangga.

Ini kerana Ikhsan kini memiliki lima buah trak makanan menjual kebab yang mampu menjana jualan mencecah RM8,000 sehari.

“Mula-mula saya berniaga dulu, saya perlu bersaing dengan lima lagi gerai yang jual burger dan ia diusahakan oleh orang normal.

“Tapi saya tak jadikan ia sebab untuk rasa rendah diri. Saya percaya kalau makanan yang dijual sedap dan ‘servis’ bagus mesti pelanggan akan beli,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pameran Pertanian Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2018 di Serdang, hari ini.

Malah, Ikhsan yang selesa dipanggil ‘Wak’ menganggap fizikal istimewanya sebagai satu kelebihan yang membolehkan pelanggan lebih mudah mengingatinya.

“Pelanggan yang datang balik selalunya akan dapat cari gerai saya semula sebab ingat akan fizikal saya yang berbeza dari orang lain,” katanya.

Berniaga burger lebih 10 tahun sejak 1989, Ikhsan kemudian beralih kepada perniagaan kebab kerana ia lebih mudah dikendalikan selain membuahkan keuntungan lebih tinggi.

“Dari segi fizikal, saya tidak ada masalah untuk bergerak cuma jual burger perlu lebih ramai pekerja dan saiz kuali yang besar buat saya susah sikit nak masak,” katanya yang juga bercadang melebarkan sayap perniagaan kepada bentuk francais.

Sumber: Harian Metro

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2FB Auto Publish Powered By : XYZScripts.com