Orang kaya dan jutawan sebenar jarang menunjuk-nunjuk
Orang kaya dan jutawan sebanar tak suka sangat tunjuk kereta apa mereka pakai.
Selalunya orang yang acah-acah kaya sahaja yang suka tunjuk kereta apa mereka pakai.
Ada yang sanggup dan desperate sewa private jet, kereta mewah, banglo mewah untuk tunjuk dan buktikan kepada dunia bahawa mereka kaya, banyak duit dan jutawan.
Setuju tak?
Jutawan sebenar
Jutawan sebenar takkan buat semua perkara mengarut ni. Mereka tak perlu tunjukkan kepada dunia bahawa mereka kaya.
Cukuplah LHDN sebagai saksi kekayaan mereka. Kalau boleh, taknak pun LHDN tahu kekayaan sebenar merwka.
Sebenarnya fenomena ini adalah fenomena jutawan-jutawan sejagat. Tengok Khairul Aming, hanya share dia pakai Perodua Bezza sahaja walaupun jualan Sambal Nyet cecah RM7.5 juta setahun!
Harga Bezza tu mungkin bersamaan dengan keuntungan berniaga seminggu dua sahaja.
Lebih daripada layak dan mampu untuk pakai kereta yang lebih mahal seperti Bangsa H, Vellfire atau Mustang.
Bukan setakat Khairul Aming, malah para jutawan lain di Malaysia dan di seluruh dunia pun sama tabiat mereka, seperti Syed Mokhtar Bukhary, Pn Ainon Mohd, Dato’ Ali Mydin, Warren Buffet, Bill Gates Dan lain-lain.
Mana ada mereka menunjuk-nunjuk kereta apa mereka pakai.
Baca juga artikel ini :
Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran