Patuh syariah bukan bermaksud sempurna segenap segi
Saya bagi analogi mudah untuk faham bab patuh syariah ni.
SITUASI 1. Ada satu restoran makanan segera ni dapat logo halal JAKIM. Lepas tu ada pelanggan yang hari-hari mentekedarah burger, fries, aiskrim, air bikarbonat dan seumpamanya hingga akhir sekali datang macam-macam penyakit.
SITUASI 2. Ada satu syarikat dapat pengesahan halal JAKIM untuk import daging dari Australia. Tapi nak dijadikan cerita, syarikat ini rupanya kartel import daging haram.
Inilah ibaratnya produk-produk patuh syariah yang ada di pasaran.
Contohnya hutang melalui pembiayaan Islam, disahkan patuh syariah daripada sudut kontraknya.
Tapi sekiranya orang berhutang tadi tak pandai uruskan kewangan hingga akhir sekali terbeban dengan hutang, takkanlah nak salahkan perbankan Islam? Takkan nak salahkan penasihat syariah?
Sama la macam SITUASI 1 di atas. Lepas dah menketedarah segala macam makanan yang disahkan halal tu dan kena penyakit, salahkan JAKIM sebab meluluskan restoran yang membawa mudarat kepada pelanggan.
Walhal diri sendiri yang tak dapat menahan diri daripada mentekedarah.
Satu situasi lagi, SITUASI 2 merujuk kepada produk patuh syariah tapi kemudian dipasarkan secara tidak patuh syariah.
Ia banyak kali berlaku dalam instrumen-instrumen kewangan yang dikawal selia oleh pihak autoriti seperti takaful, unit trust, saham, private mandate dan seumpamanya.
Jika ia berlaku pada instrumen kewangan yang dikawal-selia autoriti, apatah lagi bagi produk yang tidak ada kawal selia autoriti seperti emas, MLM, dan seumpamanya.
Seumpama SITUASI 2 di atas, apabila penasihat syariah mengesahkan produk patuh syariah bukan bermaksud ejen-ejen yang memasarkan ia secara patuh syariah.
Saya yakin, penasihat syariah pun tidak bersetuju jika ada ejen-ejen yang misleading dan mempergunakan status patuh syariah untuk memasarkan produk mereka.
Baca artikel di sini
Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran