fbpx

Pelaburan Hartanah Simple Mazhab Al Afyani

  • 3 years ago
  • 3Minutes
  • 577Words
  • 404Views

Cara pelaburan hartanah saya simple sahaja. Strategi ini tak sesuai untuk orang yang nak buat untung cepat.

1. Mulakan dengan matlamat.

Matlamat saya adalah untuk persediaan persaraan kelak, melalaui hartanah. Target saya ialah, selepas bersara, hartanah dah habis bayar dan saya dapat sewakan. Jadi, boleh bersara dengan tenang tanpa perlu bekerja.

2. Baca buku-buku kewangan dan hadiri program-program training berkaitan hartanah.

18 tahun lepas ketika saya mula-mula belajar ilmu kewangan, tak banyak buku dan panduan berkaitan hartanah. Antara buku-buku awal yang saya baca berkaitan hartanah dan kewangan ada tulisan Azizi Ali (Jutawan Daripada Planet Jupiter), Renesial Leong (Permata Hartanah), Robert Kiyosaki (Rich Dad Poor Dad), Adam Khoo (Self Made Millionaire).

Ketika itu tak banyak pilihan bahan bacaan dalam bahasa Melayu. Kebanyakan dalam bahasa Inggeris dan bahasa Cina. Tapi sekarang bersepah. Ramai guru hartanah tegar yang senantiasa berkongsi ilmu, tinggal pilih je.

3. Belajar dan terus belajar.

Saya belajar daripada banyak guru dan mazhab. Tapi semakin banyak belajar semakin takut untuk mulakan. Sebab kita semakin faham tentang risiko yang bakal dihadapi. Betul kata orang, analysis lead to paralysis.

4. Ambil tindakan.

Dengan sedikit ilmu yang ada, saya berjaya beli rumah kediaman pada umur 29 tahun, tapi untuk rumah pelaburan, saya hanya mulakan kira-kira 6 tahun selepas itu. Ya, satu tempoh yang lama dan sebagaimana saya beri peringatan awal tadi, strategi ini tak sesuai jika nak untung cepat.

5. Persediaan modal dan simpanan kecemasan

Sepatutnya ini step nombor 4, tapi sengaja saya tukar dengan nombor 5 supaya pembaca nampak dan tertanya-tanya terlebih dahulu tempoh panjang yang saya ambil untuk mulakan pelaburan hartanah ini. Saya ambil masa yang agak lama untuk persediaan ilmu dan modal

Modal bukan sekadar modal deposit dan urusan jual beli rumah, tapi modal untu bayar ansuran rumah selama 12 bulan. Dalam tempoh 6 tahun saya menyediakan modal dengan instrumen kewangan lain seperti Tabung Haji dan pelaburan unit trust, yang mempunyai risiko rendah.

6. Persediaan risiko

Semua pelaburan pasti ada risiko. Jadi untuk jenis pelaburan hartanah yang saya pilih, risiko terbesar ialah ketiadaan penyewa.

Untuk risiko jenis ini, saya perlu menyediakan tabungan kecemasan sebagai buffer sebanyak 12 bulan ansuran. Jika ansuran sebulan ialah RM1,000, maka saya sediakan tabungan sebanyak RM12,000 sebagai persediaan kecemasan.

7. Pemilihan hartanah

Dalam memilih hartanah, saya letakkan target untuk membeli unit di bawah harga RM200,000 dan ternyata berlambak unit jenis ini di area Lembah Klang. Unit yang saya beli adalah unit apartment.

8. Strategi

Strategi yang saya aturkan adalah seiring dengan matlamat asal saya iaitu untuk persaraaan. Target saya adalah untuk membina pendapatan melalui rumah sewa ketika bersara nanti.

Berikut adalah gameplan saya:

a. Beli rumah pada usia 35 tahun melalui bank dengan tempoh sehingga 60 tahun.
b. Contoh harga rumah RM150,000, ansuran lebih kurang RM800 sebulan.
c. Kadar sewaan pun lebih kurang RM800 sebulan.
d. Best case scenario: Dapat sewa melebihi ansuran.
e. Worst case scenario: ZERO cashflow. Sewa cukup-cukup ansuran.
f. Worst-worst-worst case scenario: Tak ada penyewa

Target: Selepas tamat tempoh pembiayaan bank, saya sudah bersara dan ketika itu
a. Tak perlu bayar lagi ansuran.
b. Harga hartanah kira-kira RM300,000
c. Sewaan kira-kira RM1,500 sebulan dan ini sudah menjadi pendapatan bersih

So, inilah target saya untuk mendapat pendapatan sewa RM1,500 daripada satu unit. Jika terdesak, rumah tersebut boleh dijual. Kalau dapat buat dengan lebih banyak rumah, bermakna lebih banyak potensi pendapatan yang diperolehi.


Worsr case scenario: Harga rumah tak naik, dan kadar sewa pun tak naik. Maintain sahaja dalam masa 30 tahun.

Jika ini berlaku, target pendapatan sewaaan masih tercapai tapi nilai yang lebih rendah.

Gamplan saya saya ini sangat konservatif dan memboringkan. Hahahaha!

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi, IFP

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Baru sempat menonton video oleh Tuan Faizul Ridzuan, nama yang…