August 24, 2016
Tips Pelaburan Unit Amanah / Unit Trust
Tips Pelaburan Unit Amanah / Unit Trust
9 panduan sebelum memulakan pelaburan unit amanah:
-
- Sebelum melabur, mulakan dengan simpanan 10% gaji. Simpan ke Tabung Haji sebaiknya kerana ia boleh memberi pulangan lebih baik dari simpanan biasa.
- Cukupkan simpanan sebanyak bersamaan 3 ke 6 bulan gaji. Ia sebagai dana kecemasan untuk masa hadapan.
- Selepas cukup simpanan tersebut, baru boleh mulakan pelaburan menggunakan duit LEBIHAN simpanan. Jangan gunakan wang simpanan, guna wang lebihan simpanan.
- Jangan buat “Dollar Cost Averaging” (DCA) secara membuta tuli. Buat secara bijak kerana selepas setahun dua melabur kita tahu harga paling tinggi dan harga paling rendah. Jadi selepas itu, memilihlah waktu kita membeli dana baru pada harga murah.
- Guna wang KWSP? Gunakan dengan penuh hati-hati. Jika gunakan cara ini, gunakan juga tip-tip yang dikongsi di sini terutama jangan lakukan DCA secara membuat tuli. Tahukah anda, CEO KWSP pernah membuat kenyataan bahawa hanya 20% sahaja pelabur yang mengeluarkan wang KWSP untuk unit trust mendapat pulangan melebihi pulangan KWSP? Baca di sini
- Letakkan benchmark ASB / Tabung Haji 6% setahun sebagai ROI. Jika ROI dana kurang 6%, maka lakukan sesuatu – review dana, switching atau keluarkan jika perlu untuk “cut-loss”.
- Jangan bergantung harap kepada ejen atau broker, mereka hanyalah fasilitator dalam pelaburan ini. Jika dapat ejen yang bagus, itu adalah bonus. Kita yang bertanggungjawab dengan pelaburan kita, bukan ejen.
- Sebenarnya kita boleh invest secara online sahaja. Klik sini dan kemudian pilih dana pilihan. Saya rekomen PHEIM Dana Makmur atas prestasinya yg konsisten.
- Semak prestasi dana-dana pelaburan unit amanah melalui beberapa portal seperti Blomberg, Lipper, My.Morningstar atau Novagni dan bukan semata-mata bergantung kepada ejen. Selalunya ejen akan memberi maklumat prestasi dana-dana syarikat mereka sahaj. Rujuk porta-portal tadi untuk mendapat maklumat prestasi dana-dana unit trust yang ada di Malaysia.
Nota: Kami boleh membantu anda untuk melabur dalam Top 5 dana unit amanah di Malaysia, dari pelbagai syarikat unit amanah. Berminat, isi borang di bawah;
Nota 2: Past performance not indicate future result.
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran