fbpx

Pengagihan Pendapatan ASB Adalah Berdasarkan BUDI BICARA Pengurusan, BUKAN Berdasarkan Prestasi Sebenar Pelaburan

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 308Words
  • 723Views

Semalam saya update status;

“Tahukah anda | Pengagihan pendapatan ASB adalah berdasarkan BUDI BICARA pengurusan, BUKAN berdasarkan prestasi sebenar pelaburan?”

Ramai yang terkejut. Saya pun terkejut.

Saya terkejut sebab ramai yang terkejut. Walhal perkara ini sudah lama.

Tak kurang juga yang kecam mengatakan ia tak logik dan membuat tuduhan berat.

Nah, saya sertakan buktinya.

Ia terkandung dalam dokumen rasmi daripada Permodalan Nasional Berhad.

Dokumen ini dipanggil “Prospektus“ dan “Product Disclosure Sheet” atau PDS. Ia dokumen yang wajib dibaca oleh pelabur untuk mana-mana instrumen kewangan terutama pelaburan.

Ia dinyatakan secara jelas dalam dokumen ini seperti berikut;

“Polisi Agihan Pendapatan;

ASB akan mengagihkan perolehan daripada pendapatannya, jika ada, tertakluk kepada budi bicara pihak pengurusan dan kelulusan pemegang amanah.”

Rujuk dokumen ini

Apa maksudnya?

Maksudnya ialah, pengagihan pendapatan ASB (yang selalu disebut sebagai dividen), tidak bergantung kepada prestasi sebenar pelaburan ASB. Ia 100% bergantung kepada budi bicara pihak pengurusan ASB dan kelulusan pemegang amanah.

Tidak seperti unit trust lain yang keuntungannya bukan sahaja datang daripada agihan pendapatan, tapi juga kenaikan/penurunan harga unit.

Ini adalah perbezaan ketara ASB yg harga seunit tetap kpd RM1, dan memang tiada kenaikan harga unit.

Apabila ia bergantung kepada budi bicara, bermakna ia akan diberikan mengikut penilaian pengurusan ASB setiap tahun. Berubah pengurusan, maka berubahlah budi bicara mereka.

Bagaimana budi bicara itu dibuat?

Adakah mungkin pulangan yang diberikan lebih rendah daripada prestasi sebenar?

Atau mungkinkah juga pulangan yang diberikan lebih tinggi daripada prestasi sebenar?

Mungkinkah ada kebarangkalian pulangan akan datang lebuh rendah dan lebih rendah?

Semuanya bergantung kepada budi bicara pihak pengurusan mereka.

Siapa yang baru tahu?

Boleh share status ini supaya lebih ramai tahu.

Wallahua’lam

Boleh belajar ilmu kewangan secara bermodul menggunakan buku Bijak Merancang Wang #bukuBMW www.bukuBMW.com

Mahukan pelaburan alternatif? Klik sini.

 

IKLAN: ASB Financing PALING RENDAH DI DUNIA.
Rate 3.5%, 40 TAHUN, no locking period.

 

Wallahua’lam

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Fingo Mula-mula guna nama PPIM. Katanya “PPIM pun bersama Fingo.…