Pengakhiran Kes “Insurans Paling Pelaq”
Pengakhiran kes “insurans paling pelaq” yang pernah saya kongsikan tempoh hari di https://afyan.com/viral-isu-medical-card-insurans-pelaq-ta…/
Berdasarakan siaran media ini, wang caruman peserta dikembalikan.
Maknanya, jika sebulan RM400 maka RM400 x 12 bulan x jumlah tahun. Saya difahamkan 4 tahun, bermakna lebih kurang 19,200 perlu dipulangkan.
Dan apabila wang tersebut dipulangkan, maka ejen pun terpaksa “memulangkan” kembali kepada syarikat.
Buat rakan-rakan ejen dan pengguna takaful, jadikan kisah ini sebagai pengajaran bersama.
Ejen, jangan bermudah-mudah ketika pelanggan sign-up borang proposal polisi takaful. Tunaikan amanah dengan sebaiknya, jaga nama baik industri.
Pelanggan, jangan juga bermudah-mudah ketika menandatangani borang. Semak maklumat yang diisi dan tunaikan tanggungjawab kita selaku pengguna. Jangan semata-mata bergantung kepada ejen.
Perkara ini tidak akan berlaku jika masing-masing jalankan amanah dan tanggungjawab masing-masing.
Yang Benar,
Afyan Mat Rawi
Ejen cabuk. Saya juga pengguna.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran